Siri realiti tv popular, tvN 3 Meals a Day : Fishing Village bakal dihidupkan semula untuk musim terbaru

Siri realiti tv popular yang pernah menghiasi cenel tvN tak lama dulu, bakal disiarkan semula selepas tiga tahun.

Menurut jurucakap rasmi tvN seperti dipetik di dalam laporan media, “Siri Three Meals of Day akan kembali semula. Cha Seung Won, Yoo Hae Jin dan Son Ho Jun sudah pun menyatakan persetujuan untuk membintanginya. Program ini dirancangkan penyiarannya pada penghujung April 2020 depan.”

Cha Seung Won, Yoo Hae Jin dan Son Ho Jun merupakan pelakon tetap siri tersebut di dalam musim pertama (sekitar tahun 2014) dan kedua sebelum disertai oleh Lee Seo Jin, Eric Moon dan Yoon Kyung Sang untuk musim ketiga (sekitar 2016-2017). Dalam pada itu, tvN juga tak mahu mengulas lanjut tentang lokasi penggambaran dan masanya kerana program tersebut masih di dalam peringkat produksi.

tvN Three Meals of Day antara siri realiti tv yang menaikkan nama PD Na Young Suk sebagai pengarahnya. Pelakon-pelakon akan ‘berkampung’ di dalam sebuah rumah terpencil dan mereka perlu memasak menggunakan bahan-bahan mentah diperolehi daripada kawasan berdekatan. Lokasi penggambaran tvN Three Meals of Day ini biasanya bertempat di kawasan pergunungan atau berdekatan dengan lautan.

Sumber: slist, IS PLUS

loading...