Pentagon, ONF, OneUS, The Boyz, TOO & Golden Child akan bersaing merebut gelaran raja kpop di dalam ‘Queendom’ versi lelaki

Dari kiri atas : ONF, TOO, Golden Child. Dari kiri bawah : Pentagon, The Boyz, OneUS

Rancangan realiti Mnet terbaru, “Road To Kingdom”, iaitu Queendom versi lelaki bakal menampilkan Pentagon, ONF, OneUS, The Boyz, TOO dan Golden Child bersama untuk bersaing  bagi merebut gelaran raja kpop.

Menurut beberapa sumber dalaman, kesemua kumpulan dinamakan termasuklah SF9 dan AB6IX dilaporkan di dalam peringkat terakhir rundingan untuk muncul di dalam “Road To Kingdom” . Bagaimanapun, AB6IX dan SF9 memutuskan untuk tidak menyertainya pada saat-saat akhir. SF9 turut mengesahkan ketakterlibatan mereka menerusi agensi mereka sebentar tadi.

AB6IX dan SF9

Baca lagi : 6 kumpulan K-Pop wanita akan bersaing merebut gelaran ‘Ratu’ dalam program ‘survival’ terbaru “Queendom”

“Queendom” diterjemahkan sebagai program ‘comeback battle show’ yang disertai oleh enam kumpulan K-Pop wanita dengan masing-masing membuat kemunculan semula di mana single-single mereka akan diriliskan secara serentak. 6 kumpulan tersebut akan bersaing untuk mendapatkan tempat pertama berdasarkan lagu siapa yang berjaya menguasai carta muzik. Mamamoo telah dinobatkan sebagai pemenangnya. Menggunakan format yang sama seperti “Queendom”, “Road To Kingdom” bakal menampilkan kumpulan kpop lelaki pula bersaing bagi merebut gelaran tersebut.

Sumber: donga, tv report

loading...