Netizen desak kerajaan hukum Jaejoong JYJ kerana sebarkan riwayat palsu mengenai Covid-19, Jaejoong akhirnya memohon maaf

Gara-gara guraun tidak masuk akal yang dibuat pada siang hari tadi tentang dakwaan kononnya beliau dijangkiti Covid-19, sebuah petisyen telah dimuatnaik oleh netizen bagi mendesak kerajaan Korea menghukum Jaejoong kerana menyebarkan berita palsu mengenai dirinya.

Menurut takrifan undang-undang yang termaktub di dalam perlembagaan Korea, Perkara 18 Kekangan Terhadap Penularan Penyakit Berbahaya, mana-mana yang cuba menghalang penyiasatan, menyebarkan berita palsu atau cuba menyembunyikan fakta mengenainya akan dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 2 tahun atau denda 20 juta won atau kedua-duanya sekali. Malah, jika diambilkira status Jaejoong sebagai selebriti terkemuka, cubaan mengganggu kerja-kerja pegawai tertinggi (dengan memberikan maklumat palsu) juga boleh dikenakan yang membawa peruntukan penjara tak lebih daripada 5 tahun, atau denda tidak melebihi 10 juta won atau kedua-duanya sekali.

Kecaman bertalu-talu telah memaksa Jaejoong memadamkan kenyataan berbentuk gurauan tadi dan menggantikan kenyataan memohon maaf. Berikut adalah kenyataannya:

“Dengan ikhlas, saya ingin memohon maaf kerana telah menyakiti mereka yang menderita akibat Covid-19 dengan kenyataan dibuat oleh saya. Sebenarnya saya ingin saya sampaikan mesej dengan harapan saya dapat berwaspada untuk mengurangkan bahaya disebabkan Covid-19. Saya difahamkan ramai masih berhibur tanpa memakai topeng dan sut. Saya mahu tekankan bahaya virus ini menerusi gurauan April Fool tadi tapi sebaliknya yang berlaku. Saya memohon maaf kepada kerajaan dan pakar perubatan yang bertungkus-lumus cuba membasmi Covid-19 yang akhirnya terluka akibat tulisan saya tadi” – Jaejoong

Sumber: chosun ilbo, hankookilbo

loading...