Emak kebulur rebut harta si mati, abang Goo Hara bangkit pertahankan hak di mahkamah

Berikutan wujudnya tuntutan harta daripada pihak ibu mereka, Goo Ho In, abang kepada mendiang Goo Hara mengambil keputusan untuk menyelesaikannya di mahkamah.

Peguam Goo Ho In, Noh Jong Eon mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut. Katanya, “Mak Goo Hara (Puan Song) telah meninggalkan rumah sewaktu Goo Hara berusia 9 tahun dan tidak dapat dihubungi langsung selama 20 tahun. Sepanjang tempoh ‘hilang’ tersebut, keluarganya yang sedia ada yakni ayah dan abang telah menjaganya dengan penuh kasih sayang. Goo Hara pernah meluahkan rasa marah, sedih, dan keseorangan di atas kehilangan ibunya. Tidak terlanjur untuk mengatakan kematian Goo Hara juga disebabkan trauma akibat kehilangan ibu sejak kecil lagi.”

Diceritakan bagaimana Goo Ho In cuba menghubunginya emaknya semula sewaktu Goo Hara dikebumikan, peguam itu berkata, “Abang Goo Hara tidak berjaya hubunginya emak mereka semula untuk menyelesaikan isu berkenaan jualan rumah Goo Hara. Namun, selepas hampir semua proses selesai, abangnya terkejut apabila didatangi oleh beberapa peguam mewakili emak mereka menuntut separuh (kira-kira 50%) daripada hasil jualan rumah Goo Hara.”

Baca lagi : Abang Goo Hara dedah pesanan mesej terakhirnya bersama si adik dan merayunya agar terus kuat hadapi hidup

Dalam memberikan penjelasan mengenai bagaimana perbicaraan mahkamah berkenaan tuntutan harta lebih memihak pada anak guamnya, peguam itu merayu pada emak mendiang supaya menggugurkan tuntutan harta di atas sifat keperimanusian dan keadilan yang harus ditunjukkan sesama ahli keluarga.

Goo Hara telah meninggal dunia pada 24 November 2019 yang lalu dan kematiannya diklasifikasikan sebagai bunuh diri. Bekas penyanyi kumpulan KARA itu pernah meluahkan rasa sedihnya di atas kehilangan sahabat karibnya, Sulli sebelum ini dan dilihat banyak menghabiskan masanya berinteraksi bersama netizen di laman instagram.

Sumber: joins, newsis

loading...