FM Kim Jae Hwan batal disaat akhir, pedih yang menusuk lebih dalam dari cinta yang ditolak!

Kekecewaan yang sangat dalam buat semua peminat Kim Jae Hwan dan Wanna One umumnya pada semalam (27 Julai). Kim Jae Hwan Fan Meeting MIN:D in Kuala Lumpur yang dijadualkan pada 27 Julai, bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam batal disaat akhir kerana permit hiburan tidak diluluskan.

Perkara tersebut hanya diumumkan kepada para peminat setelah fan meeting yang sepatutnya berjalan pada jam 6 petang masih lagi belum bermula dan menjadikan suasana jadi kecoh. Sudahlah resah menunggu masa untuk memasuki ruang dalam acara yang melebihi tempoh sepatutnya, tambahan pula penat berdiri terlalu lama. Ekoran daripada itu, mereka mula mempamerkan riak kecewa serta tidak puas hati dan mempersoalkan mengenai pembatalan secara mengejut.

Rata-rata menuntut penjelasan daripada pihak penganjur. Keadaan semakin panas, apabila pihak penganjur tidak lagi tampil untuk memberikan penjelasan dan pihak polis dipanggil untuk mengawal keadaan. Peminat berteriak nama Kim Jae Hwan berulang kali untuk mencuba nasib agar Kim Jae Hwan akan memunculkan dirinya.

Setelah didesak secara berterusan, wakil pihak penganjur memberitahu sekali lagi ‘Kim Jae Hwan Fan Meeting MIN:D in Kuala Lumpur’ dibatalkan. Peminat disarankan meninggalkan stadium oleh pihak polis dan selepas itu lampu-lampu yang menyinari perkarangan stadium ditutup.

Ramai yang mempersoalkan tindakan serta integriti pihak penganjur MacpiePro dan Unusual Entertainment. Memetik laporan dari akhbar Utusan, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam tidak mengeluarkan permit bagi acara tersebut. Jika tiada sebarang permit dikeluarkan, mengapa penganjur masih meneruskan acara sesi bertemu peminat itu. Penganjur bukan pertama kali menguruskan acara sebegini dan sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan dengan lebih baik. Kim Jae Hwan juga dipercayai berada di Stadium Malawati ketika itu kerana majoriti mendengar bekas anggota kumpulan Wanna One itu melakukan ‘rehersal’.

Saat menjejakkan kaki diperkarangan Stadium Malawati, suasana agak suram, tidak seperti acara anjuran pihak penganjur terdahulu. Tiada sebarang banner acara dipamerkan dikawasan stadium, tiada ‘shuttle bus’ percuma seperti selalu dan tiada sebarang ‘booth’ rakan-rakan sponsor bersama seperti selalunya. Bagaimanapun, peminat tetap setia menanti untuk bertemu dengan Kim Jae Hwan. Ada diantara peminat yang datang dari jauh untuk sama-sama menyertai acara itu. Masakan mereka tidak mengamuk dengan apa yang terjadi.

Sungguh, mendengar acara ini batal secara berdepan setelah penat menunggu, pedihnya lagi dalam dari cinta ditolak. Jika peminat berasa kecewa, bagaimanapula dengan Kim Jae Hwan? Kim Jae Hwan juga telah berlepas pulang ke Korea awal hari ini (28 Julai). Ramai peminat bersemangat ke KLIA untuk menghantar beliau pulang dan sebagai tanda sokongan kepadanya. Semoga, dilain kali, Kim Jae Hwan akan kembali ke Malaysia untuk bertemu para peminat.

Apapun, kami di KMania tidak pasti dengan jelas, siapa yang perlu dipertanggungjawab sepenuhnya. Kami mengharapkan, kejadian ini menjadi pengajaran terbaik untuk penganjur agar lebih teliti dimasa mendatang. Kami percaya pihak penganjur akan mengembalikan kegemilangan mereka seperti dahulu.

Mungkin tiada rezeki kita untuk berjumpa kali ini. Harapan untuk pihak penganjur dapat menjayakan Fan Meeting masih lagi tersemat di dalam hati peminat. Sampai jumpa lain kali. Jaga diri oppa.

Sebagai maklumat tambahan, Konsert TWICELAND Fantasy Park in Malaysia (27.7.2018) juga diumumkan batal pada tarikh yang sama dengan FM Kim Jae Hwan (27.7.2019). Namun begitu, konsert TWICE tersebut dijadualkan pada keesokan harinya (28.7.2018). Namun, ia semua hanyalah kebetulan.

loading...