Abang Goo Hara dedah pesanan mesej terakhirnya bersama si adik dan merayunya agar terus kuat hadapi hidup

Satu pesanan ringkas antara Goo Hara dan abangnya telah didedahkan.

Pada 27 November, abang Goo Hara telah berkongsi pesanan ringkas mereka yang terakhir menerusi aplikasi Kakao seperti berikut :

Abang: Abang rayu kepada kamu. Jangan fikirkan apa-apa yang buruk dan jangan tercedera. Semoga kekal sihat dan seiring masa yang bergerak pantas ini segeralah berkahwin dan mempunyai anak dan nikmatilah kehidupan kamu dengan baik. Kalau sedih, menangislah sepuasnya, jangan tahan-tahan dan lepaskan semuanya. Abang sayang kamu, adik.”

Hara: Saya pun sayang abang! Jangan risau!

Abang: Abang tahu, kamu mesti sedih. Hati abang juga sedih. Jangan lupa makan makanan yang sedap di Jepun ye.

Abang:  Esok abang akan bawakan kamu makanan yang sedap. 

Goo Hara: Ok abang.

Perbualan terakhir Goo Hara dan abangnya begitu menyentuh perasaan dan ramai percaya sesi balas membalas mesej ini berlaku tidak lama selepas kematian Sulli.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber : TheQoo

loading...