/Kim Bum selesai jalani khidmat negara, komited untuk sertai drama baru bersama Lee Dong Wook

Kim Bum selesai jalani khidmat negara, komited untuk sertai drama baru bersama Lee Dong Wook

Khidmat pekerja sosial oleh Kim Bum telah ditamatkan serta-merta hari ini, menurut satu kenyataan daripada agensinya.

Kim Bum sebelum ini diarahkan menjalani perkhidmatan pekerja sosial setelah mendapati beliau menghidapi penyakit genetik yang menghalangnya daripada menyertai latihan ketenteraan.

Kim Bum juga telah mengesahkan penglibatannya di dalam drama terbaru tvN, Guminho yang akan dibintangi bersama dengan Lee Dong Wook. Pengesahan ini menandakan kembalinya beliau sebagai pelakon drama sejak empat tahun yang lalu. Kali terakhir lakonannya adalah menerusi drama SBS Mrs. Cop dan beliau lebih dikenali sebagai salah satu pelakon utama KBS Boys Over Flowers

Sumber : IS Plus

TAGS:

Komentar

comments

loading...