Jung Hae In sertai rancangan realiti pengembaraannya sendiri bersama Lim Hyun Soo

Pelakon Jung Hae In akan membintangi program realiti pengembaraan KBS bersama rakan pelakon yang turut membintangi drama ‘One Spring Night’ iaitu Lim Hyun Soo!

Pada 4 Oktober, agensi Jung Hae In, FNC Entertainment memberitahu media, “Memang benar, Jung Hae In akan dibintangi dalam program realiti KBS ‘Walking To The World With Friends’ (tajuk kerja), bagaimanapun, format khusus rancangan itu belum diputuskan. “

Dilaporkan, Jung Hae In akan berlepas ke New York pada pertengahan Oktober ini bersama pelakon Lim Hyun Soo untuk memulakan penggambaran rancangan tersebut. Lim Hyun Soo memegang watak Choi Hyun Soo sebagai kawan rapat Yoo Ji-Ho (lakonan Jung Hae In) dalam drama ‘One Spring Night’ sebagai rakan rapat Jung Hae In. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai rancangan realiti pengembaraan yang dibintangi oleh Jung Hae In dan Lim Hyun Soo. Nampaknya kali ini, Jung Hae In telah memiliki sebuah rancangan pengembaraannya yang tersendiri.

Menurut satu sumber, rancangan ini memberikan peluang kepada penonton untuk melihat sisi berbeza Jung Hae In. Pasti ramai yang menantikan rancangan ini kan. So, stay tuned!

Sumber : sports.donga

loading...