Hyuna kongsi video sedutan tarian di instagram, tanda-tanda untuk pelancaran single terbaru?

Setelah lama menyepi daripada mengeluarkan lagu baru, Hyuna bakal membuat kemunculan kembali setelah bertukar agensi. Berita ini dikongsikan melalui Instagram Rasminya “hyunah_aa” pada 5 Oktober.

Video itu menunjukkan Hyuna sedang berlatih koreografi terbaru bersama para penarinya dengan berlatar belakangkan muzik yang dipercayai lagu baru Hyuna. Walaupun hanya sekejap, koreografinya tampak hebat yang mana Hyuna sememangnya dikenali sebagai penyanyi dan juga penari yang agak hebat di zamannya.

Namun agensi rasmi Hyuna belum mengeluarkan apa apa kenyataan mengenai hal ini. Sekiranya berita ini benar, Ini merupakan kemunculan pertama Hyuna semenjak bertukar ke agensi baru iaitu P Nation. Peminat peminat Hyuna pasti gembira mendengar berita ni kan?

sumber : Soompi

loading...