Eric Moon kini bersedia untuk kembali bintangi drama selepas 4 tahun!

Selepas menolak tawaran untuk membintangi ‘remake’ drama ‘Que Sera Sera” nampaknya kini Eric sedang meneliti tawaran untuk kembali membintangi drama.

Pada 4 Oktober, portal berita Ilgan Sports melaporkan bahawa Eric mengesahkan kemunculannya untuk drama terbaru berjudul  “Vacation in My Own Way” (tajuk cadangan). Ia merupakan sebuah drama romantik yang mengisahkan tentang Yoon Yoo Jin, seorang wanita yang melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya dan Kim Seung Mo, lelaki yang menginginkan kehidupan seperti sebuah percutian.

Laporan tersebut mengesahkan Eric akan membawakan watak Kim Seung Mo, seorang chef yang hanya menyediakan hidangan berasaskan bahan organik namun dunia kulinari kini penuh dengan makanan yang mengandungi bahan yang mengandungi pelbagai campuran.

Dalam pada itu, agensi Eric, T.O.P Media menyatakan bahawa Eric kini secara positif mempertimbangkan tawaran drama tersebut. Bagaimanapun, tiada apa-apa yang telah dimuktamadkan lagi. Jika Eric menerima tawaran membintangi drama ini, ia merupakan drama pertamanya dalam tempoh empat tahun selepas drama tvN “Another Oh Hae Young” pada tahun 2016.

Sumber : isplus | star.mt

loading...