Chanyeol, Suho & Baekhyun EXO tegur peminat supaya jangan terlalu biadap & keterlaluan di lapangan terbang

Ketiga-tiga ahli EXO secara bergilir-gilir menegur segelintir peminat Exo-L yang bertindak di luar kawalan di lapangan terbang menerusi laman instagram masing-masing dan meminta segelintir peminat supaya jangan terlalu biadab dan keterlaluan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada mereka dan pengunjung lain. Insiden menakutkan itu dipercayai berlaku di lapangan terbang Incheon ketika mereka dalam perjalanan pulang daripada membuat persembahan konsert EXO PLANET #5 di Taipei, Taiwan baru-baru ini pada 30 September 2019.

Didahului dengan Chanyeol sambil berkata, “Saya rasa keadaan di lapangan terbang sekarang terlalu berbahaya. Saya beritahu ini kerana saya prihatin terhadap keselamatan bukan saja ahli EXO, malah mereka yang berada di dalam lapangan terbang juga. Saya harap tiada lagi insiden yang boleh menyebabkan kecelakaan bukan saja pada kami, tapi juga pada mereka yang berada di sana kerana perangai biadab mereka ini.”

Baekhyun kemudiannya membuat teguran yang lebih kurang sama sambil berkata, “Saya rasa lebih manis sekiranya Exo-L dapat jaga tingkahlaku di dalam lapangan terbang. Jika orang lain tercedera, kami sudah pasti rasa bersalah dan terbeban. Janganlah tolak-menolak. Hanya berdiri dan tengok kami saja. Risau orang lain tercedera.”

Akhir sekali, Suho juga dilihat turut menegur mereka dengan berkata, “Kali ini keadaan di lapangan terbang agak berbahaya. Saya cakap ini kerana risiko keselamatan perlu diambil berat ketika menggunakan lapangan terbang bersama-sama. Adalah lebih baik jika tiada sesiapa tercedera kerana sesetengah peminat yang keterlaluan dan tak pandai mengawal tingkah laku. Saya mohon kerjasama peminat sekalian.”

Sumber: heraldpop, top star news

loading...