Pasangan “Secret Romance” , Sung Hoon & Song Ji Eun kantoi bercinta

Tak mampu lagi berselindung di hadapan peminat, Sung Hoon dan Song Ji Eun telah dilaporkan menjalinkan hubungan cinta selama lebih setahun selepas bergandingan sama di dalam drama OCN Secret Romance yang disiarkan pada pertengahan lepas.

 Sung Hoon dan Song Ji Eun dikatakan bercinta secara serius sebaik saja penggambaran drama berakhir. Pihak produksi drama OCN Secret Romance pernah menyaksikan bibit-bibit cinta antara mereka mula terpancar apabila mereka begitu mesra tanpa kelihatan kaget sewaktu merakamkan video klip untuk OST “Same” yang dimuatkan dalam drama tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=Cutehq1V5hY

https://www.youtube.com/watch?v=Cutehq1V5hY

Menariknya, hubungan cinta mereka jarang dihidu pihak media sehinggalah pada hari ini walaupun ramai saksi dikatakan melihat kemesraan mereka. Kelibat mereka mungkin disangkakan sebagai promosi drama OCN Secret Romance, dan Song Ji Eun pernah membuat kejutan pada September 2017 semasa sesi pertemuan Sung Hoon bersama peminat. Bekas atlet sukan renang ini yang  pernah datang ke Malaysia sebelum ini, ialah seorang yang agak pemalu dan berahsia tentang hal peribadinya. Jadi, tak mustahil agak sukar untuk menyedari hakikat percintaannya dengan Song Ji Eun yang telah terjalin dan disembunyikan sekian lama daripada perhatian peminat.

Cinta lokasi bukan lagi menjadi sesuatu yang ‘taboo’ di kalangan peminat-peminat di Korea Selatan, malah ramai yang merestuinya seperti kita dapat saksikan terhadap pasangan Song Joong Ki dan Song Hye Gyo. Di Malaysia pula,Fattah Amin dan Fazura turut mendirikan rumah tangga hasil daripada cinta lokasi antara mereka.

Sementara itu, Song Ji Eun dalam laman sosial instagram nya tak menafikan khabar angin bahawa mereka sedang bercinta kerana beliau mengganggap oppa Sung Hoon hanyalah sekadar teman rapat yang dikenalinya manakala label Sung Hoon pula menyangkal khabar angin yang dikatakan.

https://www.instagram.com/p/BgDE_g4lWK-/?taken-by=secret_jieunssong

View this post on Instagram

안녕하세요 이제야 기사를 접했습니다. 팬분들도 참 놀라셨을거란 생각이 듭니다ㅠㅠ 너무 죄송하지만 당분간은 인스타그램으로 얘기를 전해야할 것 같아요😢 애타는 로맨스라는 드라마로 많은 좋은 인연들을 만나 스텝분들과 배우분들 모두 그 인연을 잘 이어나가고 있습니다. 성훈오빠도 그중에 한분인 소중한 인연이자 친한 동료이구요 또 저는 시크릿 활동이 아닌, 연기에 전념하고 싶다는 의사를 그 누구에게도 비친적이 없으며 성훈오빠의 소속사 스탤리온엔터테인먼트와 새로운 계약을 조율 중이라는 소문도 사실이 아닙니다. 더이상 저와 관련없는 분들께 피해를 끼치고싶지 않아요^^; 많은분들이 오해 없으시길 바랄게요 조만간 좋은 소식으로 찾아뵙겠습니다ㅠ 걱정해주시는 팬분들 걱정말구! 좋은하루 보내세요💕

A post shared by 송지은 SONGJIEUN🇰🇷 (@bimil_jieun) on

Apapun, tahniah diucapkan buat pasangan selebriti terbaru ini jika benar seperti yang didakwa. Walaupun jarak hubungan mereka dipisahkan tujuh tahun, namun kematangan Sung Hoon dan keriangan Song Ji Eun mungkin telah mengikatkan mereka dengan tali percintaan. Okay, mohon restu hubungan mereka ya.

Sumber:  insight , sport chosun , sbs.co.kr

loading...