Sudah lama diketahui bakat Sufian Suhaimi telah lama menarik peminat luar negara bukan sahaja dari Brunei, Singapura dan Indonesia bahkan juga dari Korea Selatan. Ini yang diakui oleh kumpulan G.T.I kepada penulis. Bukan sahaja mereka yang meminati Sufian Suhaimi sahaja, bahkan mereka mengenali Sufian dari ibu bapa Sibong yang merupakan peminat tegar Sufian Suhaimi. Sibong juga memanggil Sufian Suhaimi sebagai Vocal God di laman Instagram beliau.
https://www.instagram.com/p/B2quC4Kn2fF/?utm_source=ig_web_copy_link
Kumpulan G.T.I ataupun nama panjangnya, Global Tour Idol dianggotai oleh Sibong dan Donggyun. Bermula sebagai Youtuber tersohor, klip cover lagu Di Matamu mereka viral di laman-laman sosial di Malaysia bahkan meraih sebanyak 1.1 juta tontonan di Youtube. Mendapat pujian dari rata-rata penonton dari Malaysia, Indonesia dan juga Korea Selatan. Kumpulan ini turut menjelaskan mereka sangat sukakan lagu-lagu Sufian Suhaimi bahkan gosip mengenai Sufian juga mereka ikuti. Kumpulan G.T.I ini juga sangat popular di Indonesia dan banyak melakukan cover-cover lagu Indonesia. Bahkan nyanyian mereka untuk lagu Lagi Syantik turut mendapat perhatian penyanyi asalnya iaitu Siti Badriah.
Jom tonton persembahan Sufian Suhaimi ft GTI
Penulis bertanyakan kepada Sufian mengenali persiapan untuk mereka untuk ABPBH ini, Sufian menjelaskan bahawa mereka hanya berlatih 3 sesi sahaja untuk persembahan malam ahad itu. Pesona dan gaya seolah-olah mereka bertiga telah lama berduet. Melihat kepada chemistry yang bagus antara mereka bertiga, kita mungkin akan dapat mendengar lebih banyak lagu-lagu dari mereka bertiga. Donggyun dan Sibong turut menyatakan Sufian seorang yang sangat bijak dan mampu menangkap bahasa Korea dengan begitu pantas.
Donggyun menerangkan beliau amat menyukai lagu di Matamu, terutamanya pada bahagian korus lagu itu. Selain di Matamu, Donggyun turut menjelaskan, selain lagu di Matamu, lagu Terakhir nyanyian mereka juga turut viral. Sibong pula mengatakan beliau sangat berbesar hati kerana dapat melakukan persembahan di Malaysia. Persembahan ini turut ditujukan untuk kedua-dua ibu bapa beliau yang sangat menyukai dan sering ke Malaysia. Ibu bapa Sibong inginkan anak mereka menjadi penyanyi di Malaysia dan persembahan kali ini seolah-oleh menjadikan impian mereka satu kenyataan.
Sufian akui beliau gemar keluar dari suasana selesa beliau dan akui beliau tidak biasa dengan bahasa Korea. Apabila dihubungi oleh pihak ABPBH ini, mereka meminta untuk diminta untuk menyanyikan lagu beliau sendiri dalam bahasa Korea. Menyanyikan lagu sendiri di dalam satu bahasa begitu asing untuk beliau, dilihat sebagai satu cabaran dan pada masa yang sama, beliau amat menyukai cabaran ini dan berpeluang untuk melihat satu arah baru di dalam industri hiburan. Beliau juga akui bahawa beliau sangat berbesar hati kerana dapat bertemu dengan ibu bapa Sibong yang merupakan peminat beliau. Tahniah di ucapkan kepada Sufian Suhaimi kerana berjaya menyahut cabaran ini dan pada masa yang sama meraih peminat-peminat dari Korea Selatan.
P/S. Tak sabar penulis nak tunggu lagu baru nyanyian mereka bertiga..