Lee Sung Kyung mungkin akan sertai drama “Romantic Doctor Kim” musim ke 2

Nampaknya Lee Sung Kyung dikhabarkan akan menyertai drama bertemakan kedoktoran serta perubatan “Romantic Doctor Kim” musim ke-2 selepas membintangi drama SBS “Doctors” pada 2016.

Pada 9 September, media melaporkan bahawa Lee Sung Kyung akan menyertai Han Suk Kyu dan Ahn Heo Seop untuk membintangi drama tersebut. Han Suk Kyu dikhabarkan sedang mempertimbangkan tawaran untuk kembali menyertai musim kedua drama itu. Manakala Ahn Heo Seop juga sedang meneliti tawaran yang ditawarkan pada Jun lepas.

Ahn Hyo Seop ditawarkan watak sebagai Kim Woo Jin, seorang doktor bedah ditahun pertamanya. Kim Woo Jin memiliki sikap sinis dan skeptikal tentang segala perkara dan tidak rapat dengan rakan-rakannya, namun dia selalu mendapat pujian para profesor kerana penuh konsentrasi dan berketerampilan ketika menjalankan pembedahan. Sesetengah berpendapat bahawa Kim Woo Jin mempunyai kecenderungan menjadi psikopat, tetapi dia secara peribadi percaya bahawa semua itu adalah sifat semula jadi pakar bedah yang hebat.

Terkini, Lee Sung Kyung ditawarkan untuk melakonkan watak Cha Eun Jae, yang merupakan ahli kardiosurgeri tahun kedua dijabatan tersebut.  Sejak diusia muda lagi, Cha Eun Jae digelar genius sehinggakan dia berada dilandasan elit di mana kiri dan kanannya memuji serta meletakkan harapan kepadanya. Walaupun segala-galanya kelihatannya mudah dan jelas seperti dalam buku teks, namun Cha Eun Jae tetap pegun apabila melangkah ke bilik pembedah. Keadaan mulai berubah apabila dia diletakkan di bawah pengurusan mentornya yang akan dilakonkan oleh Han Suk Kyu.

Beberapa ketika, agensi Lee Sung Kyung, YG Entertainment memberitahu kepada MyDaily dengan menyatakan, “Lee Sung Kyung telah menerima tawaran untuk membintangi ‘Romantic Doctor Kim’ musim kedua dan sedang menelitinya dengan positif.”

“Romantic Doctor Kim” merupakan sebuah dramar popular dan hit yang disirkan dari November 2016 sehingga Januari 2017. Drama ini mengisahkan kisah sebenar para profesional  dalam bidang perubatan yang seringkati berhubung kait dengan para penonton. Jika Lee Sung Kyung bersetuju menerima tawaran ini, dia akan kembali memilih drama bergenre perubatan setelah berlakon dalam drama “Doctors”.

Sumber : Newsen | isplus | isplus 2 | mydaily

loading...