[Gempar] Taehyung BTS disahkan positif Covid-19

Penyanyi idol kpop ternama, Taehyung BTS disahkan telah dijangkiti Covid-19 pada 15 Feb 2022 hari ini, menurut agensinya Big Hit.

“Taehyung telah mengunjungi hospital pada tengah hari Selasa tadi setelah mengadu bengkak kerongkong dan diarahkan menjalani ujian PCR dengan kadar segera. Beliau disahkan positif Covid-19 sebentar tadi,” kata jurucakap agensi tersebut hari ini.

“Taehyung sudah pun mengambil dua dos suntikan vaksin, tetapi tidak menunjukkan gejala teruk lain selain bengkak kerongkong dan sedikit demam. Beliau akan menjalani rawatan di rumah (kuarantin) sehingga ada arahan selanjutnya daripada petugas kesihatan,” tambahnya lagi.

Berkenaan tentang persoalan samada berlakunya penyebaran Covid-19 dalam kalangan anggota BTS lain, Bighit Ent, menegaskan bahawa mereka sentiasa memakai topeng muka dan tiada kontak rapat dikesan di antaranya. Kesemua ahli BTS lain mendapat keputusan negatif hasil ujian Covid-19 dijalankan ke atas mereka.

Taehyung menjadi ahli BTS kelima terkena jangkitan Covid-19 selepas Suga, Seokjin, Namjoon, dan Jimin yang mana keempat-empat anggota tersebut sudah pun sembuh daripada penyakit Covid-19 tersebut.

Sumber: Weverse

loading...