DREAMCATCHER Realisasikan Mimpi InSomnia Malaysia Dengan Persembahan Yang Hebat!

”Invitation From Nightmare City” dari KL Live menyatukan InSomnia, nama kelab peminat Dreamcatcher dengan menyaksikan dewan tersebut dipenuhi oleh peminat-peminat Dreamcatcher. Meskipun konsert bermula sejurus selepas waktu bekerja, InSomnia tetap bersemangat menunggu Dreamcatcher.

Dreamcatcher yang terdiri dari 7 orang ahli yang mempunyai kelebihan dan keunikan masing-masing adalah JiU sebagai ketua, SuA, Siyeon, Handong, Yoohyeon, Dami dan Gahyeon. Kumpulan ini debut pada 13 Januari 2017 di bawah HappyFace Entertainment. Buat masa ini, kumpulan ini diselia oleh Dreamcatcher Company.

Dreamcatcher membuka tirai dengan persembahan bertenaga lagu berjudul ‘Chase Me’ dan meneruskan persembahan termasuk ‘cover’ lagu dan tarian lagu-lagu popular, antaranya Camila Cabello Havana + BTS Boy In Luv + EXO Love Shot + MONSTA X Alligator.

Selain itu, Siyeon juga ada menyanyikan secara langsung cover dari filem Aladdin iaitu ‘Speechless’ diatas permintaan InSomnia. Siyeon yang sebelum ini ada merekod dan memuat naik cover ini di akaun Youtube Dreamcatcher official.

Konsert ini berjaya dilangsungkan melalui permintaan peminat Dreamcatcher di MyMusicTaste, sebuah perkhidmatan dalam talian yang membolehkan peminat meminta band-band kegemaran mereka untuk mengadakan konsert di kawasan mereka, selain daripada semua tenaga kerja JS Concert, pihak penaja  dan staf-staf yang bertungkus-lumus untuk memastikan keberjayaan konsert kali ini. Selepas melawat Eropah, Amerika Latin, dan Asia Tenggara, Dreamcatcher akhirnya singgah di Kuala Lumpur untuk bertemu peminat mereka. Berkonsepkan rock ‘Young Metal’ Dreamcatcher sudah dikenali di seluruh dunia dan terus berkembang dengan album terbaru ‘The End of Nightmare’ yang mencatat no.6 di Carta Album Dunia Billboard.

Semoga terus maju jaya, Dreamcatcher! Sampai jumpa lagi.

Photo credit to 드림캐쳐 DREAMCATCHER

loading...