IU & Jungkook BTS dinobat pasangan selebriti paling sesuai mengenakan Hanbok untuk perayaan Chuseok 2019

Sempena perayaan Chuseok yang akan berlangsung pada Jumaat, 13 September ini, sekalian pelajar daripada Fakulti Seni dan Kebudayaan Universiti Kebangsaan Seoul (SNU) telah menjalankan kajian bagi menentukan selebriti-selebriti kelahiran Korea yang sesuai mengenakan pakaian tradisional hanbok.

Daripada 840 pelajar pelbagai bidang yang ditemubual, IU atau Lee i Eun dan Jungkook daripada kumpulan BTS mendapat undian paling tinggi masing-masing dalam kategori perempuan dan lelaki. Baju fesyen hanbok yang dipakai oleh JungKook selalunya laris di pasaran membuktikan pengaruh BTS dalam kalangan peminat mereka di Korea manakala IU sangat dikenali menerusi lakonan Jang Man Wol di dalam drama tvN Hotel Del Luna menyebabkan namanya kekal meniti di bibir masyarakat sebagai idol yang sangat diminati ramai. IU juga sering mengenakan Hanbok untuk beberapa majlis keramaian.

IU mengenakan hanbok di dalam satu adegan drama Hotel Del Luna.

Sebaik saja Jungkook didapati memakai Hanbok ini, baju itu terus laris di pasaran.

Di tempat kedua pula ialah Shin Se Kyung dan Cha Eun Woo Astro yang berlakon bersama-sama di dalam drama bergenre sageuk, MBC Rookie Historian Goo Hae Ryung. Ryujin ITZY dan Yeo Jin Gu masing-masing meraih tempat ketiga.

Sumber: sport seoul

loading...