Kim Young Dae, Park Ju Hyun dan Kim Woo Seok jadi trio huru-hara dalam “The Forbidden Marriage”

MBC telah melancarkan poster baharu yang menyeronokkan untuk drama terbaru dirangkaian itu “The Forbidden Marriage”!

Berdasarkan novel web dengan nama yang sama, “The Forbidden Marriage” dibintangi oleh Kim Young Dae sebagai Raja Yi Heon, yang sangat sedih dan putus asa selepas kematian isterinya (lakonan Kim Min Ju), sehingga dia akhirnya mengharamkan perkahwinan di kerajaannya. Tujuh tahun selepas kehilangan isterinya yang ketika itu adalah puteri mahkota, seorang penipu bernama So Rang (Park Ju Hyun) tiba-tiba muncul di hadapan raja dan mendakwa bahawa dia boleh dirasuk roh mendiang puteri.

Poster baharu memperkenalkan penonton kepada tiga watak utama drama itu, yang akhirnya terjerat dalam kehidupan satu sama lain dengan cara yang tidak dijangka. Dapat dilihat dalam poster itu, So Rang (Park Ju Hyun) dengan beraninya mengangkat berus ke arah raja dengan sebelah tangan, sebelah tangan lagi diikat dengan tali yang dipegang oleh pegawai Uigeumbu Lee Shin Won (Kim Woo Seok). Sementara itu, Raja Yi Heon (Kim Young Dae) cuba menghalang tangan So Rang.

Mereka juga memberi bayangan akan karakter meraka yang rumit antara tiga watak: manakala So Rang dengan berani mengangkat berus ke arah raja dengan satu tangan, sebelah tangannya diikat dengan tali yang dipegang oleh pegawai Uigeumbu Lee Shin Won (Kim Woo Seok).

Poster Kim Young Dae menggambarkan wataknya sebagai Yi Heon “seorang raja yang telah memerintahkan larangan perkahwinan selama tujuh tahun yang lalu.”

Seolah-olah merujuk kepada rungutan yang tidak bersetuju tentang pemerintahannya, Yi Heon bertanya dalam kapsyennya, “Adakah anda juga melihat saya sebagai seorang zalim dan gila?”

Sementara itu, pesona dan personaliti So Rang yang berani dan bersemangat terpancar dalam poster Park Ju Hyun.

Mempertahankan profesionnya sebagai pencari jodoh disaat perkahwinan di kerajaan itu diharamkan, dia membantah dengan tidak bersalah, “Kenapa saya penipu? Saya hanya pembawa pesan cinta untuk lelaki dan wanita muda.”

Terakhir adalah poster Kim Woo Seok yang membayangkan kisah wataknya Lee Shin Won tentang cinta tidak berbalas. Mendedahkan mengapa dia memilih profesionnya, Lee Shin Won berkata, “Saya mahu menjadi penyiasat. Kerana saya fikir ketika itu, saya mungkin dapat mencari jodoh saya yang hilang.”

“The Forbidden Marriage” akan ditayangkan pada 9 Disember ini dirangkaian MBC.

Sumber : 1

loading...