Sebahagian ahli kumpulan ZE:A hadir ke ‘Fan Meeting’ Im Siwan sebagai tanda sokongan

Siapa yang kata ZE:A dah bubar? Tidak ye, mereka masih bersama cuma kini masing-masing bergerak secara solo.  Persahabatan mereka semua masih lagi utuh dan saling berikan sokongan antara satu sama lain.

Baru-baru ini, Im Siwan telah mengadakan perjumpaan bersama peminatnya (fan meeting). Pada 8 September, salah seorang ahli ZE:A, Moon Junyoung telah berkongsi gambar yang ‘sweet‘ bersama ahli kumpulan yang lain. Di dalam gambar itu kelihatan Heechul, Im Siwan, Minwoo, dan Kim Dong Jun. Kehadiran mereka adalah sebagai tanda memberikan sokongan kepada fan meeting Im Siwan.

Biarpun tidak hadir, Moon Junyoung juga tetap tagged Kevin, Kwanghee, Park Hyung Sik dan Taehun sebagai berkongsi memori bersama. Untuk pengetahuan, Park Kyung Sik masih lagi menjalani perkhidmatan tenteranya, Kwang Hee berkemungkinan terikat dengan jadual variety show dan Im Siwan pula membintangi drama “Strangers From Hell” yang kini sedang ditayangkan di OCN.

Dalam pada itu, Im Siwan turut berterima kasih kepada Kim DOng Jun di atas kesudiannya menghantar truck kopi dilokasi fan meeting nya.

View this post on Instagram

동준이 땡큐 덕분에 팬미팅 잘할게!

A post shared by 임시완 (@yim_siwang) on

Kumpulan ZE:A yang dianggotai oleh 9 jejaka ini telah debut pada tahun 2010. Apabila kontrak mereka tamat pada 2017, ada diantara mereka kini bersama dengan agensi yang berlainan dan bergerak  solo dalam pelbagai bidang seni. Apapun, kami mengharapkan agar ZE:A akan kembali buat kemunculan semula apabila tiba waktunya dengan sesuatu yang lebih matang serta luar biasa.

Sumber : Newsen

loading...