Lee Tae Im dilaporkan terpaksa bersara lebih awal kerana suaminya didakwa menyeleweng duit

Lee Tae Im dilaporkan terpaksa melupakan karier lakonannya setelah mengetahui suaminya akan ditahan atas kesalahan menyeleweng duit.

Baru-baru ini suami kepada Lee Tae Im telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan. Dinamakan sebagai Encik A, A telah didakwa sekitar Mac lalu atas kesalahan memperolehi keuntungan dengan cara menyeleweng harga saham syarikat lain. A dikatakan 12 tahun lebih tua daripada LeeTae Im dan agak pakar dalam penggabungan dan pemilikan saham. Desas-desus sebelum ini mengatakan A mungkin ialah Lee Shi Yung, anak kepada bekas presiden Lee Myung Bak meskipun tiada bukti mengaitkan Lee Shi Yung dengan kesalahan yang sama.

Menurut SBS Fun E, Lee Tae Im tahu mengenai kesalahan suaminya tapi bertindak cepat dengan mengumumkan persaraan lebih awal tanpa memaklumkan kepada agensinya tentang hasratnya itu. Pengumuman persaraan secara mengejut oleh Lee Tae Im itu menimbulkan perdebatan di media sosial oleh sekumpulan netizen tentang punca sebenar sehingga memaksanya berbuat demikian. Agensinya pula berkata Lee Tae Im bersara kerana dia akan berkahwin dan menyambut kelahiran tak lama lagi. Sejak daripada itu, Lee Tae Im memencilkan dirinya daripada perhatian orang ramai sehingga beliau dilaporkan telah melahirkan anak pada September 2018.

Tambah SBS Fun E lagi, tekanan kes mahkamah suaminya barangkali telah memaksa Lee Tae Im untuk melupakan terus impiannya untuk terus bergelar selebriti. Sekiranya Lee Tae Im tahu suaminya akan ditahan, dia mungkin tak perlu mengambil langkah terburu-buru mengumumkan persaraan lebih awal dan menunggu masa yang sesuai sehingga suaminya dibuktikan bersalah.

Lee Tae Im pernah membintangi drama jtbc “Woman of Dignity” dan pernah melibatkan diri sebagai hos rancangan Saturday Night Live (SNL) Korea.

Sumber: spottvnewsSBS Fun E , koreatimes

loading...