Menjelang pelancaran album solo ‘debut’, Kang Daniel tampil di dalam VLIVE buat kali pertama

Kang Daniel kembali mengejutkan peminatnya dengan membuat kemunculan secara langsung di hadapan VLIVE untuk kali pertama.

Tanpa mengenakan sebarang mekap berlebihan,Kang Daniel tampil dengan berpakaian ‘sweater’ jenama Supreme sambil mengumumkan album solo ‘debut’ , ‘Color on Me’ yang akan dilancarkan pada hari lusa, 25 Julai 2019 dan persembahan solonya akan diadakan serentak dengannya.

Sementara itu, jualan awal (‘preorder’) album ini telah mencecah hampir 450,000 unit setakat ini, sekaligus mengatasi pencapaian dibuat oleh Baekhyun EXO pada minggu lepas. ‘Color on Me’  yang bakal diuruskan sepenuhnya oleh KONNECT Entertainment, yakni di bawah pengurusannya sendiri, memuatkan lima lagu seperti “Intro (Through the night),” “Color,” “Horizon,” “I HOPE” dengan “What are you up to” dijadikan sebagai single utama.

‘Color on Me’ akan dilancarkan pada 25 Julai 2019 pada jam 6 petang dan persembahan solo akan dibuat pada jam 8.00pm selepas itu.

Sumber: hankookilbo

loading...