Dua tahun menyepi, Kim Jaejoong JYJ kembali sertai drama Channel A ‘Jane The Virgin’ pula?

Penyanyi dan juga pelakon, Kim Jaejoong atau dikenali sebagai Hero Jaejoong daripada kumpulan trio kpop, JYJ sedang mempertimbangkan tawaran untuk membintangi drama terbaru terbitan Channel A berjudul ‘Jane The Virgin’.

‘Jane the Virgin’ yang merupakan adaptasi daripada drama siri Venuzela yang disiarkan menerusi CWTV Amerika Syarikat dan Netflix Korea dengan judul yang sama, berkisarkan tentang seorang gadis yang berjanji dengan neneknya bahawa dia tidak akan-akan menyerahkan daranya kepada orang lain sebelum terkejut mendapati dirinya tiba-tiba mengandung apabila mengadakan pemeriksaan kesihatan. Padahal, ia hanya kesilapan doktor semata-mata dan Jane hanya mempercayainya.

Kim Jaejoong akan melakonkan watak sebagai Han Ji Hoon, pewaris sebuah rangkaian hotel terkemuka. Han Ji Hoon sudah berkahwin tapi tidak pernah bahagia, dan merancang untuk bercerai tak lama lagi. Walaupun luarannya seperti seorang yang skema dan agak nakal, dalamannya masih berkecamuk kerana pernah mengalami penyakit barah perut pada masa silam. C-Jes Entertainment yang mewakilinya mengesahkan tawaran itu dan Jaejoong sedang meneliti skrip itu sebaik-baiknya. Drama terakhir Kim Jaejoong sebelum menyepi ialah KBS Manhole yang menerima rating terendah sepanjang zaman pada masa itu.

‘Jane The Virgin’ yang bakal dihasilkan oleh produser “Group 8” yang terkenal dalam pembikinan drama-drama romantik seperti KBS Boys Over Flowers, akan disiarkan menjelang Disember ini.

Sumber: IS Plus

loading...