Angelina Jolie akan wariskan kesemua hartanya pada Maddox, anak angkat sulungnya yang tinggal di Korea

Angelina Jolie dilaporkan akan mewariskan kesemua harta tinggalannya yang bernilai 116 juta dolar (RM479.602 juta) kepada anak angkat sulungnya yang tinggal di Korea iaitu Maddox.

Berdasarkan Radar Online, “Jolie telah memutuskan untuk mewariskan kesemua hartanya kepada Maddox, anak angkat yang dibela dari Kemboja tanpa satu sen pun ditinggalkan kepada anak angkat lain diambilnya dari Habsyah dan Vietnam.” Laporan ini tak menyebut samada tiga anak kandungnya bersama Brad Pitt juga menerima harta tinggalannya nanti tetapi dikhabarkan mereka juga turut terkena tempiasnya. Menurut laporan itu juga, Jolie begitu yakin dengan Maddox yang hampir serupa dengan dirinya dan akhirnya membuat keputusan yang berat itu.

Maddox dikatakan akan melanjutkan pelajaran di universiti terkenal di Korea, kemungkinan Yonsei University pada awal musim luruh ini.

Sumber: Radar Online

loading...