Ha Ji Won & Yoon Kye Sang sah bintangi drama penuh menyayat hati, jtbc Chocolate dari penulis skrip Lee Kyung Hee

Penantian cukup bermakna daripada Ha Ji Won apabila ratu drama korea ini telah bersetuju untuk membintangi drama jtbc Chocolate bersama pelakon Yoon Kye Sang yang merupakan hasil nukilan penulis skrip yang popular dengan naskah-naskah yang menyedihkan, Lee Kyung Hee.

jtbc Chocolate berkisarkan tentang seorang pakar bedah saraf otak (‘brain neurosurgeon’) yang mengalami pengalaman menyedihkan pada masa silam bertemu dengan seorang tukang masak yang tak mudah mengalah apabila mereka saling ubat-mengubati keperitan dialami masing-masing untuk meneruskan hidup.

Ini drama pertama Yoon Kye Sang sejak tiga tahun yang lalu dan beliau akan membawakan watak Lee Kang, seorang yang pernah mengimpikan untuk menjadi tukang masak di sebuah desa berpantai sebelum berhadapan dengan tragedi penuh menyayat hati di dalam hidupnya dan memilih untuk menjadi doktor bedah. “Saya kagumi hasil kerja Lee Hyung Min dan Lee Kyung Hee, dan sangat berterima kasih. Saya akan bekerja keras supaya cerita ini dapat disampaikan kepada penonton , ” kata Yoon Kye Sang mengesahkan penglibatannya di dalam drama tersebut.

Manakala, Ha Ji Won pula akan memegang watak Moon Cha Young, seorang tukang masak yang begitu hebat dan terkenal dengan kecantikannya sehingga pernah menyertai pertandingan memasak sedunia di Itali.  Moon Cha Young tidak mudah berputus asa dan akan menjadi berani demi menegakkan ketidakadilan. Moon Cha Young memutuskan untuk menjadi tukang masak setelah menikmati juadah yang disediakan oleh seorang budak lelaki yang tinggal di sebuah restoren berdekatan dengan desa berpantai.”Apabila kali pertama membaca skrip tersebut, saya berasa teruja untuk merasai keadaan seseorang yang cuba mengubati dirinya menerusi watak Moon Cha Young , ” kata Ha Ji Won yang sah kembali semula melakonkan watak yang bakal meruntun kalbu penonton seperti dilakukannya di dalam SBS Memories of Bali sebelum ini.

Lee Kyung Hee terkenal dengan penulisan drama yang berbentuk tragik serta penuh melodramatik seperti dinukilkannya di dalam KBS Sorry, I Love You (MISA) , KBS A Love To Kill, MBC Thank You, KBS Nice Guy dan KBS Uncontrollably Fond. jtbc Chocolate bakal diarahkan oleh Lee Hyung Min (“jtbc Strong Woman Do Bong Soon”,”KBS Miracle That We Met”) dan disiarkan pada penghunjung tahun ini selepas jtbc Country ditayangkan.

Sumber: OSEN , IS Plus

loading...