Kangnam berhajat memperisterikan Lee Sang Hwa tak lama lagi

Penyanyi berdarah kacuk Korea dan Jepun ini, Kangnam atau nama sebenarnya, Yasuo Namekawa, berhajat untuk melangsungkan perkahwinan dengan kekasih tercinta, Lee Sang Hwa, pemain sukan luncur yang memenangi dua kali pingat emas Olimpik.

Ia diperkenankan selepas pertemuan antara dua keluarga yang berakhir dengan baik dan hasilnya, mereka mahu kedua-duanya segera melangsungkan perkahwinan. Ibu Kangnam sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk memimang cucu pada November yang lalu.

Menurut agensinya, Kangnam dan Lee Sang Hwa mula berkenalan sejak menyertai program realiti tv tvN Law Of Jungle. Agensi turut mengesahkan bahawa perkenalan itu berlangsung selama lima hingga enam bulan.

Kangnam yang fasih berbahasa Jepun tapi tak berapa pandai berbahasa Korea kerana beliau hanya mula menjejak kaki ke Korea pada tahun 2011 sewaktu berusia 24 tahun setelah debut dalam kumpulan M.I.G. Namun, sehingga 2018, beliau yang agak pelat berbahasa Korea ini berasa gembira dengan penerimaan rakyat Korea terhadapnya. Selain aktif membintangi rancangan realiti tv seperti tvN Law Of Jungle, beliau juga dijangka akan membintangi drama terbaru terbitan TV Chosun tak lama lagi.

Sumber : tv report

loading...