Bakal menjiwai watak lelaki ‘kunyit’, Oh Seung Yoon sertai drama jtbc ‘Melo Suits Me’

Oh Seung Yoon, bekas pelakon kanak-kanak yang banyak membawa watak pembantu selama ini, bakal menyertai drama terbaru terbitan jtbc berjudul ‘Melo Is My Nature’ atau ‘Melo Suits Me’ (diterima secara literal). Beliau dijangka akan bergandingan bersama Chun Woo Hee, pemenang Best Actress Blue Dragon Film Awards serta Goo Myung, Ahn Jae Hong, Jeon Yeo Bin dan Han Ji Eun.

Oh Seung Yoon akan memegang watak sebagai produser bernama Lee Hyo bong, adik kepada bekas pelakon.Walaupun Lee Hyo Bong kelihatan lembut dan dicop pondan, beliau sering menjadi tempat luahan kasih tiga sekawan wanita iaitu Im Jin Joo (dilakonkan oleh Chun Woo Hee) , Lee Eun Jung (dilakonkan oleh Jeon Yeon Bin) dan Hwang Han Joo (dilakonkan oleh Han Ji Eun). Selain memiliki pengetahuan luas tentang gaya hidup wanita, Lee Hyo bong berhubungan dengan lelaki gay di mana kakaknya bekerja sebagai pelakon.

Dari kiri: Chun Woo Hee, Jeo Hyeon Bin Han Ji Eun

Berkenaan pencerahan watak tiga sekawan ini pula, Im Jin Joo ialah penulis skrip drama bersiri tetapi tak pandai mengawal emosi. Walaupun begitu, Im Jin Joo akan menghasilkan penulisan skrip dengan gayanya tersendiri. Lee Eun Jung pula ialah pengarah dokumentari yang berjaya atas bakatnya sehingga dokumentarinya laku di pasaran. Berinspirasikan daripada menonton dokumentari sejak kecil, Lee Eun Jung membuka syarikat produksi tersendiri. Manakala, Hwang Han Joo pula bekerja sebagai ketua bahagian pemasaran untuk drama bersiri yang merupakan ibu tunggal dan terpaksa mengimbangkan kerja dengan membesarkan anak. Ketiga-tiga mereka berazam menghasilkan sesuatu yang signifkan di atas bakat dan pengalaman dimiliki masing-masing.

Dari kiri: Ahn Jae Hong, Goo Myung & Chun Woo Hee

Selain ketiga-tiga pelakon wanita tersebut, Ahn Jae Hong dan Goo Myung akan sertai sebagai pelakon pembantu. Ahn Jae Hong akan membawakan watak pengarah Son Beom Soo yang sedang berusaha menghasilkan filem dan tak berminat mengarahkan drama bersiri. Pertemuannya dengan penulis skrip Im Jin Joo telah mengubah pandangannya setelah membaca skrip ditulis oleh Im Jin Joo yang diserahkan untuk pertandingan. Tapi, sejak bekerja dengan Im Jin Joo, beliau merasakan Im Jin Joo tak normal.  Manakala, Goo Myung pula akan berlakon sebagai anak muda bernama Choo Jae Hoon yang baru berjinak-jinak dalam syarikat produksi drama. Choo Jae Hoon jatuh cinta kepada Hwang Han Joo, seorang janda anak satu, yakni senior di tempat kerjanya.

‘Melo Suits Me’ bakal mendapat arahan sutradara Lee Byung Hun, pengarah filem yang berjaya mencapai kutipan box office kedua tertinggi sepanjang zaman menerusi filem Extreme Job. Extreme Job berjaya pecah panggung sejak ditayangkan pada 25 Januari 2019 dan meraih kutipan 125 juta dolar setakat ini. Ini merupakan drama pertama arahan Lee Byung Hun yang mana beliau juga turut menulis skripnya bersama-sama Lee Young Young.

‘Melo Suits Me’ akan mula penggambaran pada akhir Mac ini, dan bakal disiarkan tak lama lagi.

Sumber: sport chosun , ytn , IS Plus , sport mk

loading...