D-CRUNCH bersedia untuk bertemu DIANA mereka di Malaysia mulai 22 Mac ini!

Berita baik buat para peminat D-Crunch atau DIANA (nama kelab peminat D-Crunch) di Malaysia!  D-Crunch Diamond Stealer in Malaysia 2019 akan bermula Jumaat (22 Mac) ini. Adakah anda sudah bersedia?

Kumpulan yang sedang meniti populariti dari Korea Selatan, D-CRUNCH yang juga dikenali sebagai Diamond Crunch akan berkunjung ke Malaysia buat kali pertama sempena siri jelajah Asia mereka. D-CRUNCH dianggotai oleh sembilan anak muda iaitu  O.V, Hyunwook, Hyunho, Hyunoh, Hyunwoo, Minhyuk, Chanyoung, Jeongseung dan Dylan.

D-Crunch secara rasminya debut pada 6 Ogos 2018 di bawah agensi All-S Company dengan single pertama mereka berjudul 0806. Pada November 2018, D-Crunch telah mengeluarkan mini album pula berjudul M1112 (4colors) .  Antara lagu popular mereka adalah ‘Palace’ dan juga ‘Stealer’. Anak-anak muda ini bukan sahaja berbakat besar malah punya pakej tampan dan bergaya. Baru-baru ini, D-CRUNCH telah memenangi anugerah pertama mereka iaitu AAA Focus Award di Asia Artist Awards 2018.

Pada 18 Mac, kumpulan ini telah menyertai ‘2019 Dream Star Award Audition’ di Jepun. ‘Dream Star Audition’ ini dianjurkan khusus buat artis K-POP yang baru (Rookie K-Pop artist) di mana pemenangnya bakal mendapat imbuhan sejumlah besar wang sebagai dana promosi. D-Crunch dikhabarkan berjaya menawan penonton di Jepun dengan prestasi persembahan yang bertenaga disamping kefasihan mereka berbahasa Jepun.

Siri Jelajah D-Crunch Diamond Stealer in Malaysia 2019

D-Crunch Diamond Stealer in Malaysia 2019 akan berlangsung sepanjang cuti persekolahan sesi Mac 2019. Para peminat boleh bertemu dengan D-Crunch secara dekat 22 Mac sehingga 31 Mac 2019. Siri jelajah ini akan diadakan sekitar Malaysia Barat termasuk Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Kenali anggota kumpulan D-Crunch

  • Name (Real Name): O.V (Kim Sang Chan)
  • Position: Main Rapper, Main Dancer, Leader

  • Name (Real Name): Hyun Wook (Ji Hyun Wook)
  • Position: Main Vocalist, Dancer
  • Name (Real Name): Hyun Ho (Lee Hyun Ho)
  • Position: Rapper, Dancer

  • Name (Real Name): Hyun Oh (Park Hyun Oh)
  • Position: Lead Vocalist, Main Dancer

  • Name (Real Name): Hyun Woo (Baek Hyun Woo)
  • Position: Sub-Vocalist, Dancer

  • Name (Real Name): Min Hyuk (Kim Min Hyuk)
  • Position: Rapper, Dancer

  • Name (Real Name): Chan Young (Kim Chan Young)
  • Position: Main Rapper, Main Dancer

  • Name (Real Name): Jung Seung (Park Jung Seung)
  • Position: Rapper, Dancer

  • Name (Real Name): Dylan (Park Yeon Jae)
  • Position: Rapper, Dancer, Maknae

Yang pasti, D-Crunch menanti kehadiran peminat kesayangan mereka atau dikenali Diana disetiap showcase mereka. Jangan lupa untuk menyaksikan persembahan mereka buat pertama kalinya di Malaysia. Sebelum itu, mari saksikan klip video D-Crunch berjudul “Palace”

loading...