Ekoran terlibat dengan perjudian haram yang telah didedahkan oleh berita KBS, nampaknya Cha Tae Hyun dan Kim Jun Ho mengundur diri dari rancangan “2 Days 1 Night” dan segala rancangan yang sedang mereka bintangi.
Terdahulu, Slot buletin utama cenel KBS, KBS 1TV ‘News 9’ telah melaporkan bahawa pelakon dan idol program realiti tv popular, Cha Tae Hyun didapati bersama-sama dengan Kim Jun Ho dan Jung Joon Young bertaruh wang sejumlah jutaan korean won secara haram untuk permainan golf di negara Siam. ketiga-tiga selebriti berkenaan telah memuatnaik gambar beserta kiraan duit yang dimenangi mereka daripada perjudian tersebut ke dalam laman ‘chatroom’ Kakaotalk milik Jung Jong Young dan Seungri.
Cha Tae Hyun antara yang terawal mengeluarkan kenyataan rasmi beserta permohonan maaf berkaitan perkara ini. Berikut adalah kenyataan daripada beliau
Hello, saya Cha Tae Hyun.
Pertama sekali saya berasa sangat menyesal. Bagaimanapun, saya tidak bermain golf di luar negeri seperti yang dilaporkan tetapi ia adalah perlawanan persahabatan antara kami di negara ini (Korea Selatan) dan wang itu (menang hasil dari perjudian) segera dikembalikan. Walaupun kami lakukan atas dasar keseronokan semata, namun saya rasa sangat malu apabila melihat semula mesej yang saya kirimkan dalam ‘chatroom’ itu.
Sebagai seorang public figure yang dikasihi ramai, saya menganggap tindakan saya itu sesuatu yang tidak boleh diterima.
Kepada para peminat saya dan mereka yang menggemari rancangan “2 Days 1 Night”, saya sangat menyesal kerana telah mengecewakan anda semua.
Saya juga mohon maaf kepada rakan-rakan lain (bintang “2 Days 1 Night” ) yang mana sedikit sebanyak akan mendapat tempias negatif akibat tindakan saya itu. Dengan itu, saya berhasrat untuk mengundur diri dari semua rancangan yang saya bintangi.
Sebagai seorang bapa, saya amat menyesal dan malu terhadap anak-anak dan keluarga saya. Saya akan bermuhasabah diri sebaiknya atas apa yang telah saya lakukan.
Sekali lagi, saya minta maaf
Selang beberapa jam selepas itu, rakannya Kim Joon Ho juga berbuat perkara yang sama. Beliau menerusi agensinya telah mengeluarkan kenyataan rasmi berserta permohonan maafnya. Berikut adalah kenyataan dari Kim Joon Ho:
Hello, saya pelawak Kim Joon Ho
Pertama, saya memohon maaf kerana menyebabkan mencetuskan kekecewaan serta kebimbangan terhadap peristiwa yang amat memalukan ini.
Bertentangan dengan laporan yang dikeluarkan , saya tidak bermain golf di luar negara dengan rakan-rakan saya pada 2016. Pertaruhan tersebut dilakukan untuk menjadikan permainan tersebut lebih menghiburkan dan wang itu dikembalikan selepas permainan berakhir.
Sebagai public figure dan abang besar rancangan “2 Days 1 Night” veteran 2 Hari dan 1 Malam, saya sepatutnya memberikan contoh yang baik namun saya sangat menyesal kerana gagal berbuat berbuat demikian. Saya sedar bahawa saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu ini dan memutuskan untuk menarik diri dari semua program yang saya bintangi.
Selain itu, saya berharap agar tiada salah faham yang berlaku terhadap rakan sekerja yang lain kerana mereka telah bekerja keras dalam kerja mereka.
Saya akan berusaha dengan lebih gigih untuk menjadi orang yang lebih bertanggungjawab. Sekali lagi saya mohon ribuan kemaafan kerana telah menyebabkan kebimbangan ramai pihak.
Saya mohon maaf.
Menurut sumber dari KBS2 “Gag Konsert” yang menyatakan, “Produksi akan menyunting semua rakaman berkaitan Kim Joon Ho untuk siaran hari ini,”. Manakala sumber dari rancangan tvN ‘Seoulmate 2’ yang dijadualkan berakhir pada 25 Mac, menyatakan, “Disebabkan Kim Joon Ho menjalani pengambaran di studio, kami akan menyunting adengan beliau untuk baki dua episode ini,”.
Sementara itu, produksi rancangan KBS “2 Days & 1 Night” akan mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berhubung perkara berkaitan pada 18 Mac ini.
Sumber :