NUEST terbubar secara rasmi hari ini

Tanggal 14 Mac 2022, berakhirnya perjalanan NUEST di dalam industri kpop Korea.

Genap 10 tahun menaburkan bakti, akhirnya NUEST dibubarkan setelah masing-masing tidak dapat memberikan komitmen untuk meneruskannya. Sebagai cenderahati terakhir, mereka akan melancarkan album komplikasi ‘Needle & Bubble‘ pada 15 Mac 2022 hari esok.

Sebelum ini, kesemua ahli NUEST mengemukakan surat buat peminat menerusi laman sosial Weverse masing-masing demi menjelaskan sebab pengunduran mereka daripada kumpulan itu.

Bermula dengan JR (atau nama sebenarnya Lee Shin), ketua kumpulan NUEST itu berkata, “Setelah berfikir sejak sekian lama, kami telah memutuskan untuk membawa haluan masing-masing. Aku cuba untuk membina kembali satu-persatu dengan kejujuran dan keikhasan. Tatkala salji musim bunga semakin mekar dengan bayu pula mula menderu, aku akan kembali dengan berita baik untuk kalian.”

“Berbagai-bagai perkara sukar berlaku sepanjang 10 tahun lalu, adakalanya aku hampir putus asa, tetapi atas sokongan kalian, aku dapat menanganinya. Di sebab itu juga, aku dapat merasa, menerima dan mengenali kasih sayang dan harga diri hingga membuatkanku terharu. Aku akan membayar balik dengan bekerja kuat, supaya aku akan lebih menghargai kalian untuk terus bersama denganku di masa hadapan. Aku berharap rakan-rakan NUEST lain turut bersinar jua,” kata Aron (atau nama sebenarnya Kwak Youngmin) menerusi laman sosialnya.

“Aku minta maaf kerana lewat bagitahu Loves di atas berita pembaharuan kontrak kami. Bukan senang untuk membuat keputusan ini kerana kami sudah bersama sejak sekian lama, tiba-tiba aku pula akan meninggalkan NUEST dan cuba untuk bawa haluan sendiri. Ini bukan laluan yang kumahu kerana aku begitu takut dan lebih berwaspada, tetapi aku akan cuba laluinya tanpa rasa gentar. Aku tak tahu apa jadi dengan laluan yang kuambil ini di masa hadapan, tetapi aku akan cuba juga tempuhinya dengan keberanian berpandukan kasih sayang daripada kalian,” ujar Ren (atau nama sebenarnya Choi Min Ki) menerusi laman sosialnya pula.

Ketiga-tiga JR, Aron dan Ren difahamkan tidak memperbaharui kontrak mereka bersama Pledis Entertainment. Berhubung dua lagi ahli NUEST yang menyambung kontrak mereka bersama Pledis Entertainment, Hwang Minhyun dan Baekho (atau nama sebenarnya Kang Dongho) turut menulis surat untuk peminat mereka masing-masing.

“Aku akan terus sambung bekerja supaya kalian boleh bergelak-tawa dan menangis serta berkongsi emosi sebanyak yang boleh apabila kita mula maju ke hadapan. Dan, aku sayangi kesemua rakan-rakan NUEST,” kata Baekho.

Minhyun pula berkata, “Aku dan rakan-rakan lain sudah memutuskan untuk memulakan hidup baru. Akhir sekali, aku berharap kesemuanya termasuk NUEST, sahabat-sahabatku dan keluarga, akan berjalan bersamaku agar dapat menghasilkan masa depan yang gemilang.”

NUEST mula ‘debut’ pada Mac 2012 dengan lagu single pertama, ‘Face’ yang membuatkan mereka terkenal di rantau dunia manakala lagu ‘Hello’ pula menyebabkan mereka agak dikenali di Malaysia. Semua ahli NUEST kecuali Aron menyertai Mnet Produce Musim ke-2, dengan Hwang Minhyun terpilih sebagai salah seorang ahli Wanna One. Setelah hampir dua berbakti bersama Wanna One, Hwang Minhyun kembali bersama NUEST dan mengeluarkan album studio penuh kedua mereka, ‘Romanticize’ pada tahun 2021.

Sumber: theqoo

loading...