Walaupun sudah disetubuhi dan dijanjikan sesuatu, Jung Joon Young tetap ‘mengencingkan’ mangsanya

Dalam satu laporan daripada MBN ada menyebut bahawa Jung Joon Young pernah menjanjikan mangsa-mangsanya dengan berbagai-bagai janji termasuklah menaikkan mereka menjadi selebriti dengan syarat, mereka mesti menidurinya, berdasarkan satu keratan mesej ‘chatroom’ KakaoTalk diperolehi daripada telefon pintar miliknya.

Namun, ianya mungkin tak pernah ditunaikannya. Malah, Jung Joon Young mempergunakan rakaman video seks sebagai ugutan supaya mangsa tidak mengadu kepada pihak berkuasa. Hubungan baik dengan pihak polis juga dimanfaatkannya bagi menutup salah lakunya daripada tersebar menjadi bahan berita.

Berbalik pada tahun 2016 di mana Jung Joon Young telah merakam video seks di luar pengetahuan teman wanitanya sebelum teman wanitanya itu menarik balik aduan dibuat ke atas pihak polis. Sebaik saja selesai aduan itu ditarik-balik, Jung Jong Young telah didapati memberikan ‘harapan’ palsu di dalam satu sidang media bahawa dia sudah menyesal sambil menundukkan kepalanya di hadapan orang ramai.

Selepas terdedahnya keratan mesej ‘chatroom’ KakaoTalk bersama Seungri beberapa hari yang lalu, Jung Joon Young akhirnya mengaku melakukan kesalahan itu. Lebih sepuluh orang wanita telah menjadi mangsa seks bukan saja diperdayakan Jung Joon Young, tetapi oleh beberapa orang termasuklah selebriti dan pelanggan diperolehi daripada Seungri sebagai salah seorang bapa ayam.

Setakat ini, ketiga-tiga Seungri, Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon FT Island sudah pun disoal-siasat pihak polis. Mereka berhadapan sabitan hukuman penjara jika didapati bersalah.

Sumber:  MBN News , sport khan

loading...