UP10TION, Myteen & Victon akan bersaing merebut tempat di dalam Produce x101

Produce 101 merupakan rancangan ‘survival’ yang melibatkan kumpulan perempuan dan lelaki dan selalunya projek ini melibatkan satu kumpulan peserta yang ramai untuk menghasilkan atau mengeluarkan ‘debut’ idol lelaki atau perempuan seperti idol popular iaitu Jeon Somi, Kang Daniel dan Jang Won Young sebagai pemenang pertama.

Sebagai contoh, hasil kumpulan daripada rancangan ini musim pertama adalah I.O.I group perempuan yang debut pada tahun 2016 dan dibubarkan pada tahun 2017. Manakala pada musim kedua, kumpulan lelaki pula adalah WANNAONE yang debut pada 2017 dan dibubarkan pada jan 2019 selepas konsert terakhir mereka. Terbaru sekali pada tahun 2018, kumpulan idol Jepun, AKB48 bersaing dengan beberapa gadis muda berasal dari Korea di dalam program realiti tv “Produce 48” lalu menghasilkan IZ*One.

Rancangan ini melibatkan pelbagai syarikat hiburan di Korea Selatan antaranya ialah FM Entertainment, Fantagio dan lain-lain. Maka pada 15 Mac 2019 , untuk musim ketiga, Produce X 101 telah mencabut undi untuk menentukan posisi tengah lagu tema mereka, bermula di laman web rasmi pada jam 12 tengah hari KST.

Hasil daripada undian ini, Produce X 101 turut memaklumkan bahawa 15 orang peserta yang dikategorikan sebagai Kelas A untuk musim ini.

Antaranya ialah, idol dari kumpulan UP10TION, MYTEEN dan VICTON dari syarikat Brand New Music, DSP Media dan Starship. Selain itu, Produce X101 turut menampilkan pelatih-pelatih dari beberapa label terkemuka selain daripada kumpulan-kumpulan idol tersebut.

Untuk laman web rasmi Produce X 101, sila ‘stalk’ mereka di http://produce-x-101.mnet.com/pc/intro

Selamat maju jaya idol-idol sekalian!

Sumber: allkpop

loading...