Aaron Yan Fahrenheit ‘mengaku’ gay setelah dituduh mencurangi 3 lelaki sekaligus

Aaron Yan, merupakan bekas ahli kumpulan Fahrenheit dan pernah membintangi drama adaptasi Itazura Na Kiss, “It Started with a Kiss” dan drama Taiwan, Fall In Love With Me suatu masa dulu. Drama Fall In Love With Me membuatkan namanya dikenali dalam kalangan penggemar drama keluaran Taiwan dengan menggunakan bahasa Mandarin sebagai pengantara. Band nya, Fahrenheit turut dianggotai oleh idol-idol terkenal seperti Wu Chun dan Jiro Wang.

Baru-baru ini, beliau dituduh oleh bekas kekasih lelakinya yang dinamakan sebagai Mr. A , mencuranginya apabila berpacaran dengan dua orang lelaki lain pada masa yang sama. Mr. A memberikan kepingan foto pada wartawan Mirror Media yang menyaksikan pemilik muka semirip Aaron Yan sedang berpelukan dan berkucupan dengan tiga orang lelaki berbeza.

HIM Music, agensi yang menguruskan Aaron Yan, menafikan sekeras-kerasnya dan menyatakan bahawa seorang yang mendakwa bekas kekasihnya itu telah menyebarkan berita palsu bahawasanya Aaron Yan seorang gay dengan laporan media sengaja mensensasikan berita tersebut. Reputasi kerjaya Aaron Yan dikatakan turut tercalar teruk akibat skandal tersebut.

Aaron Yan dalam kenyataan kemudiannya, meminta maaf di atas penyebaran skandal tersebut. Beliau turut tak menafikan hubungannya dengan Mr. A dan tak menolak dirinya juga gay apabila menceritakan hubungan rumitnya dengan lelaki tersebut yang berakhir dengan kegagalan. Beliau turut mengaku ibubapanya tidak sesekali membenarkannya sehingga mengugut untuk membunuh diri jika beliau tetap menerusikan hubungan dengan lelaki.

Umum diketahui, isu homoseksual agak tidak diterima di negara China, malah Taiwan sekalipun dan biasanya mereka daripada golongan LGBT tidak mengumumkan pendirian seksualiti mereka secara terbuka.

Sumber: etoday  Mirror Media

 

 

 

loading...