Siapakah D-Crunch, kumpulan kpop terbaru dengan nafas lebih menyengat ini?

Kumpulan D-Crunch

Selepas empat bulan debut, tanggal 12 November 2018 (Jam 6 petang), kumpulan D-Crunch ataupun Diamond Crunch akhirnya telah melancarkan mini album yang berjudul M1112 ( 4 Colours). Pada majlis pelancaran mini album ini, mereka memberi sedikit pengenalan iklan acah (teaser) yang memaparkan medley lagu-lagu dari mini album. Album ini di kompos dan ditulis oleh ahli kumpulan sendiri dan turut terlibat dalam mencipta koreografi single pertama mini album mereka.

 

D-Crunch turut memuat naik klip video single pertama mereka berjudul “Stealer” di laman YouTube pada hari ini (12 November 2018) dan telah menerima lebih 40 ribu views dalam masa kurang daripada 24 jam. Video klip Stealer ini kena menggunakan lampu suluh untuk melihat tarian mereka dengan lebih menyengat. Koreografi unik ini telah dinantikan ramai peminat semenjak teaser mereka di muat naik di laman YouTube pada 8 November 2018.

Hyunwook

 

Bagi yang belum mengenali kumpulan D-Crunch ini, mereka merupakan kumpulan hip hop di bawah pengelolaan All-S Company. Memiliki seramai 9 ahli yang terdiri daripada O.V (OddVibe), Hyunwook, Hyunho, Hyunoh, Hyunwoo, Minhyuk, Chanyoung, Dylan dan Jeongseung, kumpulan ini pernah terpalit dengan kontroversi plagiarisme suatu ketika dahulu apabila dikatakan terlalu meniru konsep kumpulan-kumpulan terdahulu seperti SEVENTEEN. Namun, Hyunwook menjelaskan bahawa mereka dari awal lagi amat mengidolakan idol-idol senior mereka bahkan beliau mengakui bahawa mereka masih lagi dalam proses mencari identiti mereka yang tersendiri. Beliau juga berkata mereka memohon maaf di atas peristiwa terbabit dan mengharapkan pendengar dapat menerima mereka dengan minda terbuka.

D-Crunch dalam mini showcase baru-baru ini.

Bagi peminat yang ingin mengikuti perkembangan ini bolehlah merujuk kepada laman instagram rasmi mereka @d_crunch_official, laman twitter rasmi mereka D-CRUNCH , VLive D-CRUNCH  dan Daum Café D-CRUNCH.

hmm bila agaknya mereka akan mengumumkan nama untuk fandom D-Crunch ini ya?

Sumber : Chosun; Allkpop; Soompi 

loading...