Nam Goong Min kini tunggu persetujuan Hwang Jung Eum untuk dipasangkan sekali lagi

Namgoong Min dan Hwang Jung Eum mungkin akan disatukan untuk sebuah drama terbaru!

Pada 6 Mac, pihak SBS memberitahu bahawa Namgoong Min telah mengesahkan untuk membintangi drama Hoon Nam Jung Eum (Handsome Guy and Jung Eum)

Komedi romantis, “Hoon Nam Jung Eum”  adalah sebuah drama romentik komedi yang mengisahkan seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah pakar cinta dengan seorang wanita yang begitu obses untuk memiliki teman lelaki serta mengimpikan perkahwinan. Media sebelum ini melaporkan bahawa Hwang Jung Eum  sedang dalam proses perbincangan mengenai tawaran sebagai heroin drama ini.

Jika Hwang Jung Eum menerima tawaran berkenaan, nampaknya kedua-dua pelakon ini akan bekerjasama sekali lagi selepas membintangi drama Can You Hear My Heart pada tahun 2011 yang lalu.

Drama ini akan diarahkan oleh Kim Yoo Jin, yang sebelum ini pernah bekerja untuk drama  Tamra the Island. dan drama Hoon Nam Jung Eum atau Handsome Guy and Jung Eum akan mula  ditayangkan pada Mei depan melalui siaran SBS.

sumber : OSEN

loading...