Ji Chang Wook, Kang Ha Neul & Sunggyu INFINITE bersatu dalam muzikal ketenteraan

 

Pada 3 Julai (semalam), telah diumumkan pelakon Ji Chang Wook, Kang Ha Neul, dan Sunggyu INFINITE kan menyertai sebuah muzikal tentera bertajuk “Akademi Tentera Shinheung”.

Ketiga-tiga mereka dipilih melalui audisi terbuka dan sememangnya bakat mereka di atas pentas tidak boleh disangkal lagi. Mereka merancang untuk memulakan latihan muzikal di suatu tempat sekitar Seoul pada awal Julai ini.

Musikal ini bertemakan sejarah tahun 1910 dan menceritakan kisah orang muda yang berkumpul di Manchuria untuk memulakan akademi tentera semasa era kolonial Jepun, serta usaha mereka untuk mengembalikan kemerdekaan negara mereka dari Tentera Jepun Imperial.

Ji Chang Wook dan Kang Ha Neul, sebelum ini pernah bekerjasama dalam muzikal  “Thrill Me” dan keduanya gembira kerana berkesempatan lagi untuk kembali bekerja bersama.

Muzikal ini dihasilkan oleh pihak tentera dengan kerjasama syarikat produksi, Shownote. Tayangan pertama muzikal ini akan berlangsung pada September depan di Muzium Nasional Korea sebanyak 19 kali. Mereka juga akan mengadakan persembahan ke seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Selamat beraksi pada Ji Chang Wook, Kang Ha Neul dan Sunggyu!

Sumber : news.kbs | naver