‘Variety Show’ popular JTBC “Idol Room” temui titik nokhtah siarannya

Variety show popular JTBC, “Idol Room” nampaknya sudah sampai ke penghujungnya.

Menurut portal media Joy News 24, “Idol Room” akan menayangkan episode terakhirnya pada 11 Februari depan.

Tetamu terakhir bagi rancangan kesukaan ramai iti adalah kumpulanSECHSKIES, yang telah buat kemunculan semula seramai empat ahlinya pada 28 Januari lalu. Kumpulan idol itu baru sahaja menamatkan penggambaran mereka untuk rancangan itu minggu lepas.

Pada 30 Januari pula, sumber dari “Idol Room” mengesahkan laporan media dan berkata,  “Kami akan menamatkan rancangan musim ini dengan episode ke 87 pada 11 Februari.  Kami telah selesai pengambaran pada Isnin dan tetamu terakhir kami adalah SECHSKIES. Kami akan lakukan yang terbaik dalam memastikan episode terakhir ini berjalan dengan keadaan yang paling berjaya.”

Gandingan Jung Hyung Don dan Defconn telah mengacarakan “Idol Room” yang mula menyiarkan episode pertamanya pada 12 May 2018. Rancangan ini fokus kepada perkembangan terkini kumpulan idol di Korea Selatan.

Pastinya peminat-peminat kumpulan idol akan merindui rancangan “Idol Room” ini kerana menerusi rancangan ini peminat secara tidak langsung dapat melihat sisi lain artia kesukaan mereka.

Sumber : JoyNews24 | Sports.donga p

loading...