Giliran Lee Jung Shin pula berkhidmat untuk negara!

Selepas Jung Yong Hwa CN Blue menjalani khidmat tentera Mac lalu, kini tiba giliran Lee Jung Shin pula. Jung Shin merupakan ahli CN Blue yang kedua berkhidmat untuk negara.

Pada 5 Julai, sumber dari FNC Entertainment memberitahu, “Lee Jung Shin akan memasuki pusat latihan rekrut pada 31 Julai ini,” dan menambah, “Dia akan berkhidmat dalam tugasan sebagai askar aktif.”

Agensi itu menambah, “Lee Jung Shin akan mendaftar masuk secara senyap dan privasi tanpa sebarang majlis perpisahan dan sebagainya.”

Kami ucapkan selamat berkhidmat kepada Lee Jung Shin!

Sumber : ytn.kr | star.mk.kr

photo credit as appeared

loading...