Diam tak diam kurang sebulan lagi Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 bakal membuka tirainya. Bersempena dengan countdown temasya berprestij ini, Korea Tourism Organisation (KTO) Malaysia dan Gangwon Province bakal menganjurkan sebuah event yang dinamakan Hello PyeongChang. Event ini akan berlangsung dari 11 – 13 Januari 2018 ini bertempat di Korea Plaza , Tingkat Bawah, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, 50250 KL.
Pelbagai aktiviti bakal dijalankan semasa acara selama 3 hari ini berlangsung. Antaranya anda berpeluang bergambar dengan maskot Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 iaitu Soohorang & Bandabi. Anda juga berpeluang untuk memberikan kata-kata semangat kepada satu-satunya atlit Malaysia yang bakal beraksi di sukan olimpik ini. Menurut En. Lee selaku Pengarah Urusan KTO Malaysia
“Kini kami berada di peringkat terakhir. Sejak beberapa tahun yang lalu – terutama tahun lepas, KTO telah mempromosikan dengan hebat destinasi berkaitan temasya Olimpik. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dan terima kasih atas kerja keras anda. 2017 adalah tahun yang sangat dinamik dan bermakna untuk KTO Malaysia di mana kami telah melancarkan program Wow! PyeongChang Malaysia Supporters. Kami juga telah menemui permata sukan yang tersembunyi di bandar-bandar Olimpik termasuk satu-satunya atlet Malaysia yang menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk ini di mana ianya amat mengejutkan kami!
Dan sebelum 2017 melabuhkan tirainya, laluan baru KTX Wonju Gangneung telah memulakan operasinya dan dengan ini inisiatif kami untuk menerokai Korea semakin menjadi kenyataan. Laluan baru ini secara rasminya bakal beroperasi bermula Februari depan sejajar dengan bermulanya temasya Sukan Olimpik. Kami ingin berikan tepukan gemuruh serta ucapkan tahniah kepada mereka yang telah bekerja keras dalam mempromosikan acara berprestij ini dan mengalu-alukan mereka untuk menyertai pra-sambutan bersama kami. “
Baca juga : Laluan Baru Perkhidmatan KTX Terus Ke Bandar-bandar Olimpik Pyeongchang 2018
Berikut merupakan aktiviti yang bakal dilangsungkan;
Sesi bergambar bersama maskot Soohorang & Bandabi
- Soohorang dan Bandabi adalah maskot Sukan Olimpik PyeongChang 2018 dan Sukan Musim Paralimpik. Soohorang merupakan seekor harimau putih, haiwan yang berkait rapat dengan mitologi Korea, dan merupakan simbol kepercayaan, kekuatan, dan perlindungan. Bandabi pula adalah beruang hitam Asiatik, iaitu simbol keinginan dan keberanian yang kuat. Pengunjung boleh mengambil foto dengan mereka dan memuat naik di laman media sosial mereka.
Memberikan kata-kata semangat MalaysiaBoleh kepada atlet sukan olimpik kita
- Julian Yee Zhi-Jie adalah skater Malaysia pertama yang layak untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk. Pengunjung boleh menulis nota ringkas serta kata semangat dan selamat maju jaya di Olimpik seperti dan Malaysiaboleh di PyeongChang.
Baca juga :
Julian Yee, atlet pertama Malaysia layak ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018
Hit! 20180209 dan menangi Soohorang & Bandabi
- Acara permainan slot putar dan menang yang bertajuk “Hit 20180209!”. Anda berpeluang untuk memenangi 2018 PyeongChang Winter Olimpik maskot (Soohorang dan Bandabi) .
Permainan mini Ice hockey & Curling Game
- Sukan hoki ais dan curling game akan berlangsung di bandar Gangneung dan merupakan acara sukan Olimpik yang popular. Pengunjung boleh merasai pengalaman bermain kedua-dua permainan ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang terhad.
Jadi sebagai tanda sokongan padu kepada Julian Yee yang merupakan atlet Malaysia serta semangat kesukanan marilah beramai-ramai ke Korea Plaza pada 11 – 13 Januari 2018 bagi memeriahkan acara Hello PyeongChang ini.