Son Ye Jin kembali dengan jtbc “Pretty Noona Who Buys Me Food” selepas 5 tahun

jtbc telah berjaya mendapatkan aktress bertaraf A di dalam industri korea, yakni Son Ye Jin atas drama baru berjudul “Pretty Noona Who Buys Me Food” diarahkan oleh PD Ahn Pan Seok yang terkenal dengan pengarahan berbentuk satira yang disadurkan dengan elemen hierarki sosial sebelum ini.

Menurut laporan daripada produksi berkenaan, “Tak seperti Heard It Through Grapevine, Pretty Noona Who Buys Me Food lebih memfokuskan pada keikhlasan cinta antara dua merpati sejoli, mungkin seperti Secret Love Affair.”

Dari kiri: SBS Heard it Through Grapevine , jtbc Secret Love Affair

Di dalam jtbc Secret Love Affair sebelum ini, PD Ahn Pan Seok menunjukkan intimasi hubungan “terlarang” di antara pengarah organisasi besar dengan anak ikan yang jauh lebih muda daripadanya, yakni pemain piano genius manakala SBS Heard It Through Grapevine lebih bersifat “komedi gelap” yang dicetuskan akibat daripada larangan mereka dikatakan bertaraf sosial tinggi ini terhadap kewujudan orang luar dianggap sebagai marhaen biasa. Kedua-dua jtbc Secret Love Affair dan SBS Heard It Through Grapevine mendapat pencalonan Drama of The Year di 3rd & 4th CARI Kdrama Awards selain pengiktirafan Best Director menerusi pengarah Ahn Pan Seok.

Son Hye Jin berkata, ” Saya mencari skrip cerita yang mana saya boleh lakonkan tanpa rasa menjengkelkan, yang pasti, inilah drama yang saya tunggu-tunggu selama ini.” Tambahnya lagi, “Saya sukakan kerja PD Ahn Pan Seok. Beliau mampu menyerlahkan emosi lakonan dengan skrip yang disenangi.”

Son Hye Jin baru berusia 35 tahun tapi beliau telah mempersembahkan resume karier lakonan yang amat mantap menjadikannya pelakon muda paling berbakat pernah dihasilkan Korea Selatan. Mempamerkan lakonan yang penuh syahdu dalam SBS Alone In Love sehingga merangkul anugerah Best Actress Paeksang, Son Hye Jin tidak henti-henti menunjukkan bakat lakonannya yang hebat di layar perak pula terutamanya sebagai kekasih tak setia dalam “My Wife Got Married”, kapten lanun wanita dalam “The Pirates” dan puteri terakhir kerabat Joseon di dalam “Last Princess”. Drama lakonannya bersama Kim Nam Gil enam tahun lepas iaitu KBS Shark berjaya tersenarai Drama of The Year untuk 2nd Cari Kdrama Awards.

Jung Hae In (“SBS While You Are Sleeping”,”tvN Prison Playbook”) dilaporkan telah ditawarkan watak tertentu di dalam drama ini tapi belum dipastikan lagi kesahihannya. jtbc Pretty Noona Who Buys Me Food ditayangkan sebaik saja jtbc Misty dan jtbc Untouchable selesai disiarkan.

Sumber: OSEN , msn

loading...