Drama romantik baharu “Between Steps” bakal membawa kisah cinta antara dua insan yang serba berbeza, lakonan Kim So Hyun dan Choo Young Woo.
Drama 12 episod ini mengisahkan Park Min Jae (Choo Young Woo), seorang calon doktor falsafah dan bekas perenang yang terpaksa melupakan impiannya untuk menjadi atlet profesional selepas kehilangan kaki kanannya akibat penyakit.
Min Jae merupakan seorang yang pendiam dan sentiasa mengelak daripada percintaan kerana takut terluka. Namun, kehidupannya mula berubah selepas dia bertemu Im Yoo Jin (Kim So Hyun), seorang pelajar siswazah yang menemui jalan baharu selepas kehilangan arah dalam hidup.
Yoo Jin pula mempunyai personaliti yang jauh berbeza daripada Min Jae. Dikenali sebagai seorang yang berani dan terus terang, kehadirannya perlahan-lahan membawa perubahan dalam kehidupan Min Jae.
Pada awalnya, hubungan mereka terasa janggal kerana perbezaan personaliti. Namun, tanpa disangka, perasaan mula tumbuh antara dua insan yang begitu berbeza ini.
Sementara itu, poster terbaru memperlihatkan Min Jae dan Yoo Jin duduk bersebelahan sambil menikmati aiskrim di kampus dengan senyuman di wajah masing-masing.
Poster terbaru memperlihatkan Min Jae dan Yoo Jin duduk bersebelahan sambil menikmati aiskrim di kampus dengan senyuman di wajah masing-masing. Poster tersebut turut menampilkan tagline “Two Hearts Learning to Love”, yang menggambarkan perjalanan dua anak muda ini dalam mengenali cinta.

Choo Young Woo (Head Over Heels, The Trauma Code: Heroes on Call) membawakan watak Park Min Jae, manakala Kim So Hyun (Good Boy, Love Alarm) melakonkan Im Yoo Jin.
Drama ini ditulis oleh Min Hyojung dan diarahkan oleh Ahn Pan Seok, yang sebelum ini mengarahkan Something in the Rain, One Spring Night dan The Midnight Romance in Hagwon.
“Between Steps” akan mula distrim di Disney+ pada 5 Oktober 2026, dengan episod baharu tersedia setiap Isnin dan Selasa.


