Lee Sung Kyung menjadi kekasih hati Lee Sang Yoon di dalam tvN About Time

Lee Sang Yoon dan Lee Sung Kyung telah pun mengesahkan bahawa mereka membintangi drama terbaru tvN berjudul “About Time” yang disiarkan pada Mei 2018 ini. tvN “About Time” menceritakan tentang seseorang lelaki yang mampu menghalang peristiwa penting akibat kuasa ghaib dimiliki oleh wanita dicintainya yang boleh melihat “masa kecelakaan” orang lain.

Lee Sang Yoo akan menjadi pengarah sebuah pertubuhan yang menumpukan seni budaya Korea, yang bernama Lee Dong Ha manakala Lee Sung Kyung sebagai pelakon teater muzikal bernama Choi Micaela. Choi Micaela akan berjumpa dengan Lee Dong Ha yang dapat membiasakan dirinya dengan kuasa ghaib nya itu, lantas bersama-sama membanteras tragedi yang berlaku ke atas mereka yang mungkin terkena badi atau tulah Choi Micaela disebabkan kelebihannya itu. Jika anda baru saja menonton SBS While You Are Sleeping, drama ini ada sedikit serupa cuma membezakannya adalah kaedah ‘kuasa ghaib mata’ berbanding ‘mimpi’ yang digunakan.

tvN About Time merupakan drama terbaru Lee Sung Kyung sejak MBC Weightlifting Fairy Kim Bok Joo sebagai atlit angkat berat yang digandingkan bersama aktor Nam Joo Hyuk. Mereka pernah bercinta selama berbulan-bulan sebelum mengakhiri perpisahan pada Ogos lepas. Tvn About Time juga merupakan hasil kerja Lee Sang Yoon selepas SBS Whisper yang agak berjaya pada tahun lepas.

tvN “About Time” akan diarahkan PD Kim Hyung Sik yang dikenali dengan genre berunsurkan “thriller” dan juga “slice-of-life” masing-masing menerusi SBS Ghost serta SBS Sign dan tvN Twenty Again. Maka penonton boleh menjangkakan tvN About Time diolah dalam bentuk romantik komedi bersadurkan suspens thriller. Ia dikarang oleh Chu Hye Mi, penulis baru.

Sumber: OSEN , star.mk

loading...