SBS singkirkan drama Park Hae Jin, Four Men daripada slot tayangan

Sumber daripada SBS menyatakan bahawa mereka tak jadi untuk meneruskan projek drama Park Hae Jin bersama Nana, yang berjudul “Four Men” yang sepatutnya ditayangkan pada awal tahun depan. Pengarah, atau PD yang bertanggungjawab, Oh Jin Seuk telah pun mengesahkan bahawa dia tidak akan mengambil drama berkenaan. Ditanya lagi jika ada pihak lain akan cuba mendapat hak penyiaran, sumber itu tak pasti tentang halatuju drama tersebut.

Berita ini sedikit mengejutkan penggiat industri drama korea kerana projek ini telah pun mengesahkan komited beberapa orang pelakon termasuklah Park Hae Jin, Nana, Kwak Shi Yang dan Kyung Su Jin.  Namun, mungkin ada silapnya pada perbincangan antara pihak Park Hae Jin dengan SBS tentang gaji, ataupun perbezaan pendapat ketara dengan pengarahnya. Park Hae Jin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi bahawa dia secara terbuka memaklumkan bahawa dia tak suka dengan cara pengarahan Lee Yoo Jung, menyebabkan peminat drama tvN Cheese in The Trap bersimpati dengannya.

Sumber: xsportnews

 

loading...