Wanna One hampir gelojoh makan ayam goreng dalam SBS One Night Of Entertainment

Wanna One dalam ‘teaser’ rancangan SBS One Night Of Entertainment

Dalam sesi ‘photoshoot’ baru –baru ini, Wanna One telah dipilih menjadi jurucakap sebuah syarikat ayam goreng  di Korea Selatan. Semasa sesi penggambaran, krew SBS One Night Of Entertainment telah melawat mereka untuk melihat suasana bekerja ahli Wanna One yang mana Wanna One telah pun membuat kemunculan dalam rancangan tersebut pada 19 September 2017, semalam.

Terdapat pelbagai perkara menarik berlaku sepanjang penggambaran iaitu sewaktu memilih ahli untuk mendapatkan shot solo, Wanna One mengadakan acara sukan untuk memilih yang terbaik dan di situ dapat melihatkan keakraban ahli Wanna One semasa bekerja dan ‘off-camera’. Tambahan semasa waktu rehat, Wanna One mengatakan mereka telah menambah pesanan set ayam goreng sebanyak 5 hingga 6 kali kerana mempunyai ahli yang ramai. Mereka turut menggelar Park Jihoon sebagai mania ayam goreng kerana tidak mahu tinggalkan bilik rehat semata-mata untuk makan ayam goreng.

Semasa sesi temu ramah juga,Kang Daniel memberitahu pengacara rancangan tersebut bahawa dia telah berhenti makan jeli berikutan pengalaman semasa dalam rancangan ‘Dangerous Beyond The Blankets’. Selain itu,video Kang Daniel semasa di sekolah tinggi akan dipaparkan dan bakal menyaksikan demonstrasi tarian moden oleh Kang Daniel.

Akhir sekali, Park Jihoon turut mengambil kesempatan membuat gaya ‘aegyo’ dan cubaan untuk menari lagu Sunmi,’Gashina’ dengan menggunakan suara Ong Sung woo sambil meniru alat muzik tradisional Korea ‘Haegeum’. Pada akhir temuramah, mereka turut mengatakan telah membuat parti bersama ibu bapa masing-masing di suatu tempat untuk menyambut kejayaan Wanna One sebaik saja debut.

Sumber: Soompi 

loading...