Poster [jtbc] Man x Man menampilkan Park Hae Jin sebagai bodyguard yang segak perkasa

Drama Man x Man yang akan disiarkan melalui jtbc akan menampilkan Park Hae Jin (Cheese in The Trap) sebagai ‘bodyguard’ yang ditugaskan untuk menjaga pelakon yang terkenal. Poster rasmi ini dkeluarkan melalui facebook rasmi, jtbc Man x Man yang turut menampilkan pelakon Park Sung Woong(Remember: War of The Son).

Prop Man x Man ini mengingatkan kita pada filem Hollywood terkenal, Men  in Black yang mana kedua-duanya bertuxedo hitam sambil mengenakan kaca mata hitam.

Man x Man akan ditayangkan pada 21 April selepas berakhirnya Strong Woman Do Bong Soon. Selain Park Hae Jin dan Park Sun Woong, drama ini juga dibintangi oleh Yun Jung Hoon (Mask, East of Eden, Sad Love Song) , Kim Min Jung (Fashion 70, New Heart, The 3rd Hospital) dan Chae Jung Ah (Yongpal).

Penulis skripnya ialah Kim Won Suk iaitu penulis ke-2 drama hit terkenal Descendants of The Sun manakala pengarahnya pula Lee Chang Min (Remember: War of The Son). Pelakon Nam Goong Min juga dikatakan akan melakonkan sebagai cameo dalam drama ini.

Sumber: ISPlus, naver

loading...