Yoo Ah In & Im Soo Jung akan bergandingan sama dalam drama tvN ‘thriller’ terbaru, Chicago Typewriter?

Khabar angin bertebaran di dada akhbar mengatakan tawaran telah diberikan pada Yoo Ah In untuk membawakan watak sebagai Han Se Joo iaitu diinspirasikan daripada penulis novel terkenal, ‘Stephen King’ (Shawshank Redemption, Misery) .Han Se Joo boleh digambarkan seorang yang mudah sensitif, suka menyendiri dan rendah keyakinan diri tetapi disebabkan ketampanan yang dimilikinya, Han Se Joo di anggap sebagai idol oleh peminatnya sehingga ribuan ‘fanfic’ ditulis mengenainya. Namun, di sebaliknya, Han Se Joo menggunakan khidmat penulis bayangan (‘ghostwriter’) untuk menulis sebahagian daripada nukilan popularnya.

Manakala, Im Soo Jung akan melakonkan seorang yang menjadi pembenci Han Se Joo , di mana kehidupannya sebenar ialah seorang pakar veterinar yang dahulunya peminat tegar Han Se Joo sebelum menjadi anti. Pelakon Go Jung Pyo pula ditawarkan watak sebagai penulis bayangan Han Se Jo.

Plot cerita dikatakan menarik apabila ketiga-tiga mereka adalah roh yang dijelmakan semula daripada tiga karakter yang sama hidup pada zaman semenanjung Korea diduduki oleh Jepun. Ini merupakan penampilan baru Yoo Ah In sejak ‘Six Flying Dragon’ manakala Im Soo Jung pula sejak ‘I’m Sorry I Love You’.

Chicago Typewriter ditulis oleh Jin Soo Wan, 2 kali calon Best Screenplay CARI K Drama Awards – Moon Embraces The Sun & Kill Me Heal Me. Drama nukilannya, Kill Me Heal Me dinobatkan Drama of The Year pada 4th CARI Kdrama Awards. Drama ini akan ditayangkan pada slot Jumaat-Sabtu selepas Tomorrow With You.

Sumber: dramabeans, donga, xsport news

loading...