Bersedia untuk tayangan perdana drama baharu SBS, “Sold Out on You”!
Drama ini merupakan komedi romantik yang mengisahkan pertemuan tak dijangka antara Matthew Lee (Ahn Hyo Seop), seorang petani perfeksionis yang melakukan pelbagai kerja, dan Dam Ye Jin (Chae Won Bin), hos terkenal rancangan home shopping yang mengalami masalah insomnia serius.
Menjelang tayangan, ini antara 4 perkara yang patut korang perhatikan:
1. Ahn Hyo Seop Kembali Dengan Genre Rom-Com
“Sold Out on You” menjadi perhatian sebagai projek terbaharu Ahn Hyo Seop, yang sering digelar “anak SBS”, selepas kejayaan drama seperti Dr. Romantic, Business Proposal dan Lovers of the Red Sky.
Selepas mencipta fenomena global menerusi Business Proposal, ramai menantikan kemunculannya dalam rom-com sekali lagi. Dalam drama ini, dia membawa watak Matthew Lee — seorang yang nampak dingin di luar, tetapi sebenarnya lembut dan penyayang di dalam.
2. Gabungan Pelakon Pelbagai Generasi

Chae Won Bin mencuba genre komedi romantik buat kali pertama sebagai Dam Ye Jin, bergandingan dengan Ahn Hyo Seop dan menampilkan sisi baharu yang lebih ceria dan menghiburkan.
Turut menyertai barisan pelakon ialah Kim Bum sebagai Seo Eric, serta pelakon veteran Go Doo Shim sebagai Mrs. Song Hak. Gabungan pelakon pelbagai generasi ini dijangka memberi keserasian yang kuat dalam drama.
Selain itu, perhatian juga tertumpu kepada pelakon ensemble yang memainkan penduduk Kampung Deokpung serta pekerja syarikat home shopping, yang akan menambah warna dalam penceritaan.
3. Dari Asyik Bergaduh… Jadi Saling Memahami

Matthew Lee ialah seorang petani muda di Kampung Deokpung dan satu-satunya penanam cendawan nuri bunga putih di dunia. Dam Ye Jin pula datang ke kampung tersebut untuk mendapatkan cendawan daripadanya.
Namun, pertemuan pertama mereka tidak berjalan lancar — malah hubungan mereka bermula dengan penuh ketegangan.
Setiap kali bertemu, mereka sering bertelagah. Tapi lama-kelamaan, mereka mula memahami luka dan masalah masing-masing. Dari situ, hubungan mereka berkembang — daripada bergaduh kepada saling menyokong.
Perkembangan hubungan ini dijangka memberi momen romantik yang manis, serta elemen emosi yang menyentuh hati penonton.
4. Gabungan Healing & Humor Gaya Sitkom

Drama ini turut menawarkan elemen “healing” kepada penonton yang penat dengan kehidupan harian, dengan latar antara bandar yang sibuk dan kawasan desa yang tenang.
Kampung Deokpung menjadi lokasi utama, dengan pemandangan hijau yang luas serta penduduk kampung yang unik — menambah elemen humor ringan dalam cerita.
Lebih menarik, drama ini diarahkan oleh Ahn Jong Yeon (Seoul Busters), yang terkenal dengan sentuhan humor tersendiri. Jadi, selain rom-com, drama ini juga dijangka ada vibe sitkom yang menghiburkan.
“Sold Out on You” akan mula ditayangkan pada 22 April, jam 9 malam (KST). Drama ini juga tersedia diplatform Netflix untuk tayangan global.
Sumber : 1

