Kim Soo Hyun masuk khidmat negara (“millitary”) bermula 23 Oct ini

Kim Soo Hyun yang pernah memenangi daesang menerusi drama KBS The Producers serta terkenal melalui drama SBS My Love From The Star dan MBC Moon Embraces The Sun akan meninggalkan dunia seni buat sementara selama dua tahun kerana beliau bakal mengikuti program khidmat negara. Beliau baru saja selesai menjalani latihan 5 minggu sebagai prasyarat awal untuk menganggotai ketenteraan pada 23 Oct ini.

Agensi Kim Soo Hyun mengeluarkan kenyataan rasmi Kim Soo Hyun buat peminat-peminatnya,

“Hello. Kim Soo Hyun akan menyertai latihan ketenteraan pada 23 Oct ini. Sebagai rakyat Korea, menjadi tanggungjawab saya untuk melengkapkan kewajipan ini, dan saya mahu pergi sebagai rakyat biasa tanpa perlu majlis rasmi mahupun perjumpaan dengan media dan peminat.”

Kim Soo Hyun, yang tercalon 2 kali dalam Cari Kdrama Awards untuk kategori Best Actor, merupakan pelakon Korea paling sensasi dua tahun lepas apabila menyapu bersih anugerah-anugerah utama ditawarkan pada tahun tersebut terutamanya daesang di 2015 KBS Drama Awards, 4th APAN Drama Awards dan 8TH Korean Drama Awards.  Beliau juga meraih anugerah Best Actor Baeksang Art Awards sebelum itu.

Sumber: donga

loading...