“Signal” Musim 2 Dilapor Dikeluarkan Dari Slot Musim Panas, tvN Beri Respons

Musim kedua drama popular “Signal” dilaporkan tidak lagi berada dalam jadual tayangan musim panas tvN.

Pada 17 April, media Korea OSEN melaporkan bahawa “The Second Signal”, yang sebelum ini dijadualkan tayang pada Jun, telah ditarik daripada slot tersebut.

Menurut laporan sama, tvN merancang untuk menayangkan “Pachinko” sebagai pengganti.


tvN: Belum Ada Keputusan Muktamad

Menjawab laporan itu, tvN menyatakan bahawa jadual tayangan “The Second Signal” masih belum diputuskan.

Pihak stesen juga mengesahkan “Pachinko” akan ditayangkan di tvN, namun tarikh dan slot siaran masih dalam perbincangan.


Kontroversi Pelakon Utama

Pada Disember lalu, pelakon utama Cho Jin Woong mencetuskan kontroversi selepas rekod jenayah juvana ketika zaman sekolahnya didedahkan.

Selain itu, beberapa isu lain dari zaman dewasanya turut timbul, termasuk kes berkaitan serangan dan memandu dalam keadaan mabuk.

Beliau kemudian mengakui kesalahan tersebut dan mengumumkan persaraan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa depan drama ini — walaupun penggambaran telah selesai pada Ogos.


Masih Dalam Pertimbangan

Menurut OSEN, “The Second Signal” tidak dibatalkan sepenuhnya.

Sebaliknya, tvN kini mengambil masa untuk menilai semula perancangan tayangannya.

Drama ini pada asalnya dirancang sempena ulang tahun ke-20 tvN tahun ini, dan kemungkinan masih akan ditayangkan sebelum penghujung 2026 sedang dipertimbangkan.


Sumber : 1 | 2