HyunA dan Yong Junhyung beri gambaran sedang berkasih?

Berita yang panas diperkatakan dalam talian ketika ini apabila HyunA dan Yong Junhyung (bekas ahli kumpulan Highlight) memuat naik gambar berpegangan tangan di Instagram masing-masing. Perkara ini sekaligus mencetuskan khabar angin bahawa kedua mereka kini sedang bercinta.

Lewat malam pada 18 Januari KST, kedua-dua HyunA dan Yong Junhyung memuat naik gambar yang sama mereka berdua bersama, berpegangan tangan di pantai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 용준형 (@bigbadboii)

Selain itu, muat naik HyunA menyertakan emoji ‘couple’ (👩‍❤️‍👨) dan dia turut menyertakan kapsyen “tolong jaga kami dengan baik”. HyunA juga turut menanda (tag) Instagram Yong Junhyung dalam muat naiknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hyuna Kim (@hyunah_aa)

Sememangnya, gambar pasangan itu mencetuskan khabar angin bahawa kedua-duanya mendedahkan hubungan mereka secara terbuka. Sebagai tindak balas, wakil dari agensi Yong Junhyung BLACK MADE memberitahu Star News bahawa mereka sedang meneliti khabar angin itu. BLACK MADE ialah label Yong Junhyung yang ditubuhkan pada tahun 2022 selepas meninggalkan kumpulan Highlight.

Nantikan kemaskini selanjutnya!

Sumber : 1

loading...