Byeon Woo Seok disahkan akan buat kemunculan istimewa dalam “No Gain No Love”

Bintang popular “Lovely Runner”, Byeon Woo Seok, akan membuat penampilan istimewanya dalam drama “No Gain No Love”!

Pada 30 Ogos, sebuah media melaporkan bahawa Byeon Woo Seok akan muncul dalam drama tvN “No Gain No Love” sebagai cameo.

Menjawab laporan itu, pasukan produksi “No Gain No Love” mengumumkan, “Ya, Byeon Woo Seok akan membuat penampilan istimewa dalam ‘No Gain No Love’. Penampilan istimewa ini berlaku kerana hubungannya dengan pengarah [drama] Kim Jung Sik.

Byeon Woo Seok dan pengarah Kim Jung Sik sebelum ini bekerjasama dalam drama JTBC “Strong Girl Namsoon,” yang telah menamatkan tayangannya November 2023.

“No Gain No Love” adalah sebuah komedi romantik yang mengisahkan tentang Son Hae Young (Shin Min Ah), seorang wanita yang berpura-pura berkahwin untuk mengelak daripada terlepas peluang kenaikan pangkat di tempat kerja. Kim Young Dae membintangi sebagai Kim Ji Wook, lelaki yang bersetuju untuk menjadi suami palsunya.

Penampilan cameo Byeon Woo Seok dalam “No Gain No Love” dilaporkan dijadualkan akan ditayangkan minggu depan. Siri ini tersedia untuk tontonan menerusi platform Prime Video Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk saksikan drama yang cukup menarik ini.

Adakah anda teruja dengan penampilan istimewa Byeon Woo Seok?

Sumber : 1 | 2

loading...